Monday, 11 June 2012

Kongsi Ilmu




Assalamualaikum w.b.t,

Hari ni aku nak cerita pasal kelebihan kongsi ilmu. Memang tak dapat dinafikan kita ni bukanlah manusia yang pandai sangat, kadang-kadang apabila kita tak pandai kita minta tolong orang supaya ajar kita benda yang kita tak pandai tu. Apabila kita dah pandai dalam hal sesuatu tu, kita ajar orang lain plak, lepastu orang lain tu ajar orang lain plak dan seterusnya. Tengok ayat di atas, "Ikutlah seperti resminya padi, Semakin berisi tunduk ke bumi semakin merendah diri itulah yang terpuji". Jadi apabila kita dah pandai dalam sesuatu benda ni janganlah nak kedekut kongsi dengan orang lain plak, ilmu kalau kita tak amal, kemana jugak perginya kan? Ilmu yang kita ada dan faham sedikit je, kalau nak dibandingkan dengan imu ALLAH S.W.T.

Cuba bayangkan kalau kita buat nota ringkas untuk persiapan exam untuk subjek. Lepas tu kawan kita pinjam dan potostat, lepastu kawan dia yang lain nak potostat jugak nota kita. Cuba bayangkan kalau 50 orang potostat nota kita tu? Berapa pahala yang kita dah dapat. Macam tips jugaklah, kita antar dekat orang tu, lepastu orang lain forward mesej kita, pastu kawan dia forward lagi mesej kita. Cuba bayangkan berapa banyak pahala yang kita dapat dalam beberapa saat? Tak terkira kan?

Samalah jugak macam ilmu, kalau kita ajar seorang, lepastu seorang tu ajar sepuluh orang, sepuluh orang tu ajar 100 orang dan seterusnya. Jadi senang kan kita nak buat pahala, terutamanya time nak exam ni. Berapa keberkatan yang kita dah dapat.

Last, aku paper last hari sabtu ni. Lepas tu hari isnin tu plak dah start praktikal. Yang bestnya aku praktikal kat penang. Mak saudara aku bagi free pinjam kereta dan motor dia untuk pergi ke tempat praktikal. Yabeda BEDUUUU!!! PENANG HERE I COMEEEE bebeh!!!~~ haha..




No comments:

Post a Comment