Tuesday, 8 May 2012

Contoh ayat yang awak boleh bagi dekat saya.. :D

Hati saya pada awak .. ♥



Ayat Pertama

Aku cuba menyintaimu

tapi cintaku bagaikan dipaksa-paksa
aku berusaha lagi untuk mencintai dirimu
tapi aku rasa cinta perasaan bagaikan direka-reka
bukan aku cuba semua itutapi aku rasa bagaikan boneka
aku teruja dengan segala romantika yang kau ada

Maafkan aku
maafkan aku kerana masih gagal untuk mencintai dirimu
walau aku tahu engkau sangat-sangat mencintai diriku
kau sanggup berbuat apa saja untuk aku rasa bahagia
di dalam hatiku ini masih keluar ada satu cahaya
yang sentiasa tidak boleh hilang rasa manisnya
perasaan cintaku masih terikat pada si dia

Dia kekasih pertamaku
sebutir cahaya cinta jauh didalam sudut hatiku
kerana dia maafkan aku
aku tak sanggup memaksa diriku untuk mencintai dirimu
buat apa kau cuba lagi
jika jasad ini hanya engkau boleh miliki
tapi hati ini dimiliki orang lain..
kau sayang diriku tanpa cintaku
bolehkah engkau hidup dengan itu..

Ayat Kedua


Ingin kuberitahu kepadamu
bahawa cinta tidak semestinya bersatu
…itu kata ibuku.

Cinta itu berpaksi luhur
 murni dan suci
yang lahir dari lubuk hati
dan saling ingin memiliki
bukan cinta namanya
jika berpacu serakah
dan berpaksi nafsu.

Andainya cinta tidak menuju destinasi
ketahui olehmu
bahawa cinta suci nan abadi
adalah cinta kepada Ilahi

Ayat Ketiga


Buatlah apa yang awak nak buat selagi belum terdetik di hati kata benci dan meluat..Ingat, hati wanita akan menyayangi orang yang dia sayang sepenuh hati, tapi sekali hatinya terluka dan berdarah parah, jangan kau harap aku akan berpaling...

Ayat Keempat

Bercambah subur di padang perasaan
Mekar harum dalam jambangan
Terpagar rapi oleh hukum larangan

Walau ia masih kembang di situ

Ia bukannya milikku
Padahal aku pernah bertamu
Tapi hanya sekadar musafir lalu
Datang dan pergi bila cukup waktu
Dan akan terus begitu
Kerana aku
Tidak mampu
Untuk memikul tanggungjawab itu. 


Kadang-kadang dalam hidup, kamu perlu MEMINTA MAAF pada seseorang.
Bukan kerana kamu salah, tetapi kerana kamu TAKUT KEHILANGAN dia..

*Awak..saya mintak maaf..♥


No comments:

Post a Comment