Sunday, 6 May 2012

Pagi yang dingin.. Aku tak tido lagi

Which one should i choose? I choose to stay


Assalammualaikum...

Saya tau yang saya ni banyak minta maaf dengan awak. Tapi tak mungkin satu hari nanti saya mungkin akan  lalukan benda yang sama jugak, sebab sebenarnya kita berbeza. Saya lelaki dan awak perempuan. Saya ada sedikit minat dekat awak, dan awak tak sebaliknya. Saya tak kisah tu, sebenarnya walaupun kita tak mungkin akan jadi kekasih pun saya nak lah kita jadi kawan selama-lamanya.

Sebenarnya susah saya nak minta maaf ni, tapi entahlah.. Sejak kecil lagi saya suka je minta maaf dengan sesiapa yang saya buat silap, tak kiralah sama ada saya ada buat silap atau dia buat silap saya suka je start minta maaf dengan orang tu, sebab saya tak mahu kehilangan atau dibenci oleh orang tu. Kenapa sebab bagi saya kita umat islam adalah bersaudara, tak elok lah kan bermasam muka. Memang tak boleh dinafikan yang kita ada perasaan, tapi bila kita letak perasaan tu bawah sekali dan letak perkataan maaf diatas sekali, kita akan adalah sebaik-baik kejadian tuhan, biarlah kalau kita tidak buat silap pun. Sedangkan nabi ampunkan umatnya, apatah lagi kita yang tak seberapa ni.

Kenapa saya jadi macam tu pada malam tu? Sebab saya dah anggap awak sebagai tanggungjawab saya, tanggungjawab saya untuk menolong awak agar laptop awak kembali ok. Bila awak minta tolong dengan saya, saya suka jika saya boleh bantu awak dan saya nak tolong awak hingga siap kerja tu. Saya bukan cemburu atau kongkong awak nak minta tolong dengan siapa. Lagipun saya suka kalau awak minta tolong dengan saya dan bagilah saya tolong awak sehabis dan sebetulnya. Sebab saya ikhlas nak tolong awak. Duit atau belanja saya tak nak semua tu, tapi percayakanlah saya yang saya mampu tolong awak walaupun benda tu mustahil bagi saya sekalipun. Saya akan cuba tolong awak.

Dulu awak pernah cakap yang jangan sayang awak sangat-sangat sebab satu hari nanti saya mungkin akan membenci awak sangat-sangat. Saya rasa perkara camtu tak kan berlaku, saya tak pernah pun bencikan awak sebab jika awak tolak cinta saya atau buat salah sekalipun saya akan terus maafkan awak agar saya tak tersimpan dalam hati saya atas perkara yang berlaku. Dengan itu, saya mampu nak tengok muka awak dan senyum dekat awak. :D

Sebenarnya awak tau tak? Lepas awak tolak saya dulu atau lepas kita gaduh, saya pernah fikir ok mulai hari ni saya akan lupakan awak. Tak mahu dah mesej dengan awak, tak mahu dah chat dengan awak, nak unistall skype dan tak mahu dah kawan dengan awak. Tapi bila saya cuba nak buat camtu mesti tak jadi dan saya terfikir la, kenapa disebabkan ego dan perasaan saya saya patut buat camtu dekat awak. Last-last, saya cakap dekat diri saya "bersabarlah cuba lah berbaik lagi, awak kawan saya"..

Biarlah kalau awak nak buang atau tak mahu lagi berkawan dengan saya. Tapi ingatlah, dalam fikiran saya awak dan saya sampai bila-bila kita kawan. Bila senang kita happy sama-sama, bila susah kenapa nak jauhkan diri dari masing-masing? kenapa tak cuba sattle masalah ni slow2.. kan? Saya berkawan dengan awak bukan sebab saya nak sesuatu dari awak, sebab saya nak berkawan dengan awak sebab saya suka sangat berkawan dengan awk. Adakah awak fikir camtu jugak? Kalau ya, saya sangat gembira kerana selama ni tuhan anugerahkan seorang kawan yang baik..


Kalau awak maafkan saya, mesej lah saya ek? saya mengaku saya jelous, nak sangat bantu awak supaya laptop awak ok. Sebenarnya saya amat ambil berat pasal awak.

No comments:

Post a Comment