Assalamualaikum..
Kita semua yang hidup di atas dunia ni tak mahu mendapat penyakit, termasuklah aku. Memang tidak dapat dinafikan yang penyakit tu datang dari tuhan, mungkin dia nak uji setabah mana kita menghadapinya dan mungkin juga penyakit adalah salah satu cara tuhan nak sembuhkan dosa-dosa kecil kita.
Pagi tadi semasa dalam kuliah aku dapat panggilan yang mengejutkan dari abah aku. Abah aku disahkan mendapat penyakit Hepatitis C. Apakah penyakit hepatitis C? Dalam singkatan ialah radang hati. Penyakit ni sukar dikesan dan dia akan timbul gejala ni apabila kita dah berumur 40 tahun. Penyakit ni membunuh pesakit secara senyap dan boleh membawa maut jika tidak dirawat dengan awal. Simpton-simpton awal penyakit ni sukar dikesan dan simpton penyakit ni di tahap yang kronik ialah
Jadi siapa yang ada simpton ni cepat-cepat lah pergi buat ujian darah kerana penyakit ini boleh diubati jika dikesan secara awal. Abah aku suruh aku pergi buat ujian darah dekat hospital kangar takut-takut aku ada berjangkit dengan dia ke. Aku pun ada jugak sedikit-sedikit simpton diatas seperti letih,loya dan sakit perut. Tapi entahlah kesibukan belajar di U ni, membuatkan aku tak ada masa nak pergi check dekat hospital. Entahlah bila nak pergi check.
Jika aku disahkan menghidapi penyakit ni orang yang pertama sekali aku nak minta maaf ialah dekat budak perempuan satu kelas dengan aku. Budak perempuan yang aku minat. Aku banyak kacau dia, nak tackle dia, luahkan perasaan dekat dia, cakap i love u-i love u dan macam-macam lagi. Aku dah cuba banyak kali minta maaf dekat dia, tapi entahlah dia maafkan aku atau tak. Kalau dia tak maafkan aku maknanya kalau aku pergi dulu dari dia, entahlah. Aku pun tak tahu macam mana.
Aku dah tak mahu kehilangan orang yang aku sayang. Aku mintalah pembaca-pembaca blog ni doakan agar abah aku sempat sembuh.
Aku dah tak mahu kehilangan orang yang aku sayang. Aku mintalah pembaca-pembaca blog ni doakan agar abah aku sempat sembuh.
No comments:
Post a Comment