Monday, 30 April 2012

Kerja itu amanah

Assalamualaikum,

Terus terang aku marah kalau orang duk hina polis. Serius aku marah..!!

Cuba bayangkan kalau parent korang kena hina, korang marah tak? Cuba bayangkan kalau parent korang kena hina makan rasuah, ganas dan  ikut kata kerajaan. Korang marah tak?

Polis sebenarnya diorang buat kerja ni ikut arahan pihak atasan, jadi contohnya diorang kena halang  rakyat daripada buat keganasan. Takkan diorang tak nak halang? Nak diorang kena buang kerja?, jadi bila diorang dah kena buang kerja, siapa yang nak bagi anak polis ni makan? Bayar duit yuran sekolah? Kamu ke? Jangan haraplah... Bila kamu kena saman sebab tak patuhi peraturan lalu lintas, kamu terus minta maaf dengan polis supaya jangan saman. Nasiblah.. Siapa suruh tidak ikut peraturan. Cuba bayangkan kalau polis tangkap pencuri yang menyamun dalam rumah kamu, lepas tu pencuri tu minta maaf supaya tidak kena masukkan dalam penjara.  Patut ke pencuri tu diberi peluang supaya dilepaskan? Tak kan. Jadi macam tu jugaklah dengan situasi kena saman. Bayar je la saman tu. Banyak songeh. Siapa suruh tak patuhi undang-undang jalan raya.

Yang suka duk hina polis tu, bila kamu dalam kesusahan. Contohnya motosikal kamu hilang ke? beg kena curi ke? kena pukul ke? Korang pergi report dekat siapa? Tok penghulu? Tok lebai? Polis jugak kan? Jadi tak yah lah duk hina polis, sebab tanpa polis pasti malaysia ni tidak aman. Last-last kamu akan cari polis jugak.

Siapa yang berani duk kutuk-kutuk polis depan aku. Sumpah aku akan balas balik hingga dia menangis. Trylah..!! Dont dare u hina my father job!!!!! Aku paling tak suka kalau orang duk kutuk orang yang paling aku sayang, kalau kutuk aku takpe lagi.



haaahh...biar jdi mcm singapore,byk ank mlayu yg lelaki brtatu,brtindik..smpai azan pun xbleh nk dgr...tmpat mksiat ada khas punyee..tu ke yg korang nk sgt...polis jaga kselamatan ngara,yg bangang wat kacau tu nape..bila kena rompak,ada jenayah...korang panggil sape..tok pnghulu ke,jiran sblh...anak hilang kena culik korang panggil sape..(tlglh tok carikn ank saya,tok rmh saya kena rompak..tlglh tok)sdarlh diri ckit.

Sunday, 29 April 2012

Kenapa Kita Ditemukan?

Assalamualaikum w.b.t,

Sesungguhnya perkara yang berlaku mesti ada hikmah disebaliknya, kadang-kadang kita tak tahu kenapa kita ditemukan dan kenapa kita dipisahkan. Adakah ini realiti kehidupan atau ada makna disebalik pertemuan dan perpisahan ini?

Saya mulakan dengan saya kenali awak dengan pandangan kali pertama, disitu allah telah memberi saya pertunjuk untuk mengenali awak dengan lebih dekat. Dari situ kita mula kenal,chat dan tahu lebih rapat apa kekurangan dan kelebihan yang ada pada diri masing-masing. Disebabkan satu perkara, awak dan saya cuba nak jauhkan diri masing-masing.

Memang tak dinafikan dalam hati saya ada cinta, dalam hati saya ada awak. Benda ni berlaku sejak pertama kali saya kenal awak lagi. Selepas hari kita gaduh besar dulu, saya pernah cuba nak lupakan awak, cuba tak ganggu awak dan cuba tak contact awak. Tapi saya tak pernah berniat untuk nak buang nombor telefon ,skype dan facebook awak sebab saya tahu satu hari nanti mesti saya akan cari awak balik.

Adakah kita patut putus kawan, buat tak kenal satu sama lain dan tak bercakap? sebab awak cakap yang awak tak ambil boyfriend/suami dalam kalangan kawan. Jika kita ada jodoh dan dalam hati saya ada cinta awak lagi, saya terus masuk pinang awak satu hari nanti? Insyaallah saya akan cuba belajar sungguh-sungguh, cari kerja yang terbaik supaya anak dan isteri saya ada tempat berteduh dan makan minum yang cukup.


Saya akhiri dengan lirip lagu ni..


"Set Fire To The Rain"


I let it fall, my heart,
And as it fell you rose to claim it
It was dark and I was over
Until you kissed my lips and you saved me

My hands, they're strong
But my knees were far too weak,
To stand in your arms
Without falling to your feet

But there's a side to you
That I never knew, never knew.
All the things you'd say
They were never true, never true,
And the games you play
You would always win, always win.

[Chorus:]
But I set fire to the rain,
Watched it pour as I touched your face,
Well, it burned while I cried
'Cause I heard it screaming out your name, your name!

When I lay with you
I could stay there
Close my eyes
Feel you here forever
You and me together
Nothing is better

'Cause there's a side to you
That I never knew, never knew,
All the things you'd say,
They were never true, never true,
And the games you play
You would always win, always win.

[Chorus:]
But I set fire to the rain,
Watched it pour as I touched your face,
Well, it burned while I cried
'Cause I heard it screaming out your name, your name!

I set fire to the rain
And I threw us into the flames
Where it felt something die
'Cause I knew that that was the last time, the last time!

Sometimes I wake up by the door,
That heart you caught must be waiting for you
Even now when we're already over
I can't help myself from looking for you.

[Chorus:]
I set fire to the rain,
Watched it pour as I touched your face,
Well, it burned while I cried
'Cause I heard it screaming out your name, your name

I set fire to the rain,
And I threw us into the flames
Where it felt something die
'Cause I knew that that was the last time, the last time, ohhhh!

Oh noooo
Let it burn, oh
Let it burn
Let it burn



P/S : Kenapa aku minat lagu ni? Sebab suara penyanyi ni merdu dan lirik lagunya yang boleh menaikkan semangat. Selain itu, penyanyi ni menjadi idola semua perempuan di dunia dan dia tak pernah malu bila dikritik sedikit chubby. Dipetik dari sebuah artikel di internet. 

Tuesday, 24 April 2012

Kalau saya jadi DJ, pasti saya selalu sebut nama awak kat radio
Kalau saya jadi CIKGU, pasti saya akan ajar awak makna cinta
Kalau saya jadi DOKTOR, pasti saya selalu merawat awak 
Kalau saya jadi PENYANYI, pasti saya nyanyikan lagu untuk... awak setiap hari
Kalau saya jadi LAWYER, pasti saya selalu membela awak

Kalau saya jadi TINGGALKAN awak, saya akan suruh awak cari pengganti lain, sebab saya sayang awak dan saya tak nak awak merana kerana saya

♥ INILAH ERTI PENGORBANAN CINTA ♥

Saturday, 21 April 2012

Haru Biru


Mengapa pemilik blog ni banyak post pasal anti couple sedangkan pemilik blog ni hendak couple dengan seorang perempuan yang dia minat?


Mungkin pemilik blog ni sedang cuba untuk melupakan gadis tu. Jadi dengan post-post yang berkaitan dakwah dapat menjadikan pemilik blog ni lupa tentang gadis yang dia minat. Mungkin pemilik blog ni masih lagi samar-samar tentang perasaan cinta terhadap perempuan tu. Pemilik blog ni tak kisah tentang risiko yang dia hadapi semasa nak ejas perempuan yang dia minat. Yang pemilik blog ni bimbang dia dah tak nak sakiti perempuan tu lagi. Pemilik blog ni hanyalah seorang lelaki biasa yang lemah dengan perempuan yang dia minat. Bagilah masa dekat pemilik blog ni untuk melupakan perempuan tu dan berdoalah agar pemilik blog ni berjaya dalam mengejar impian dan cita-cita yang pemilik blog ni hendak kecapi.

Wassalam...

Friday, 20 April 2012

Surat untuk awak

Assalamualaikum w.b.t

Buat Qurratu Aini,

    Terima kasih kerana sudi bagi pinjam buku ain. Kalau ain ada apa nak minta tolong dari saya, ain cakaplah ya? Saya pasti akan tolong ain.

   Tujuan saya buat surat ni kerana saya nak minta maaf sebab saya banyak sangat ganggu ain. Sebab saya suka ganggu ain kerana saya suka kejar gadis yang saya minat. Jadi saya nak minta maaf banyak-banyak. Saya pun nak minta maaf kerana saya tak mampu nak sabar hingga grad tu, macam yang ain cakaplah, saya pun bukan malaikat jugak. Saya tak sempurna, saya tak mampu nak mengawal perasaan suka saya terhadap ain.

   Saya tidak pernah menyesal kenal ain. Saya tahu ain ni jenis yang tak melayan orang, cepat naik baran dan garang. Tapi saya tak kisah pun semua tu, biasalah setiap orang ada kelamahan yang tersendiri termasuk saya jugak. Saya ni pemalu,pendiam dan cakap slow-slow.  Ain seorang yang baik, cepat maafkan orang dan bertanggung jawab dalam buat tugasan berkumpulan. Secara jujurnya saya suka satu lab dengan ain. Dulu ain cakap yang ain tak ambil boyfriend dalam kalangan kawan kan? Tapi bagi saya makin lama saya kenal ain, makin bertambah suka saya dekat ain.

    Dulu ain ada cakap kan kalau saya kapel dengan kawan baik ain sendiri pun ain takkan bukak rahsia apa-apa. Benda tu takkan berlaku dan saya takkan buat macam tu, saya takkan sakiti hati ain. Kalau saya jatuh cinta dengan kawan baik ain pun saya takkan kapel dengan dia. Saya harap benda tu takkan berlaku kerana saya nak cintakan ain sorang je. Ain tertanya-tanya kenapa saya berusaha keras untuk mengambil hati ain kan? Sebab inilah diri saya, kalau saya tak berusaha keras macam mana saya nak dapatkan orang yang benar-benar boleh buat saya bahagia. Saya bahagia bila tengok ain atau berada dekat-dekat dengan ain. Saya tak kan putus asa terhadap ain. Saya harap satu hari nanti ain boleh terima saya menjadi boyfriend ain dan last sekali menjadi isteri saya.

     Ain cakap yang ain berasa kekok kalau ain anggap saya lebih dari kawan. Saya pun berasa kekok jugak, saya rasa biasalah tu. Kalau kita banyak cakap depan-depan, insyaallah lama-lama ain takkan kekok. Lagipun saya tak pernah tipu ain, semasa deal dulu pun saya tak ada niat nak keluar dengan perempuan lain. Saya fikir ain sorang je kalau ain nak tau.     

    Akhir kata sesiapa pun lelaki pilihan ain, saya akan doakan ain bahagia dengan dia. Saya sebenarnya nak tengok ain gembira dan bahagia tak kiralah apa sahaja yang ain buat dan pilih. Saya harap ain janganlah segan dan cuba mengelak dari saya. Saya akan doakan ain berjaya dalam apa sahaja yang ain lakukan.

Wassalam..

                                                                                                                                            MR H
                                                                                                                                           -Hafiyfiy Irfan-

Thursday, 19 April 2012

Mengapa Selalu Fikir Tentang Cinta dan Hati?



Hati dan perasaan cinta merupakan satu fitrah insaniah tidak kira sesiapapun. Manusia perlukan cinta dan memerlukan kasih sayang. Perasaan untuk mencintai kepada lawan jantina memang tidak dinafikan, ia merupakan sesuatu yang perlu bagi setiap manusia.
Tapi, mengapa kita terlalu sibuk memikirkannya?
Adakala setiap masa dan waktu kita fikirkannya,
Sampai satu tahap, jika sentiasa memikirkan hal ini, kita pasti akan terjebak dalam “couple”.Bukankah couple itu sebuah jalan yang penuh dengan liku-liku yang salah?
Jika anda masih belum mampu, jangan sekali bermain dengan perasaan. Ia tidak akan membawa kemana-mana. Perjalanan masih terbentang jauh.

Jodoh?
Bukankah Jodoh itu telah ditetapkan oleh-Nya?
Anda punyai misi untuk islam. Mengapa mudah goyah kepada perasaan dan cinta. Ramai yang mengatakan ”aku mahu berkahwin, bernikah” tetapi dimanakah persediaan kita? untuk menjadi isteri kepada seorang suami atau suami kepada seorang isteri?
Ia bukanlah sebuah perkara yang mudah. Adakah ia hanya sebuah keseronokan? Untuk merealisasikan mimpi indah? Tidak. Ia satu tanggungjawab yang akan ditanya oleh Allah SWT suatu ketika nanti. Adakah kita telah melaksanakan tugas sebagai khalifah dengan sebaik-baiknya
Mari Menjadi Hamba kepada pencipta
 Menjadi sebaik-baik hamba memerlukan pengorbanan bukan hanya pada kata-kata. Jika kita imbas kembali bagaimana sahabat-sahabat rasulullah yang sentiasa memperbaharui dan meningkatkan Iman mereka. Keyakinan mereka adalah di tahap yang tinggi. Mereka melihat syurga di hadapan mereka. Amal yang mereka lakukan adalah semaksimum yang mungkin.
Bukan seperti kita? Mengimpikan syurga tetapi kita hanya bermimpi tanpa mempertingkatkan amal. Sedarlah! Hidup ini satu perjuangan. Jadi, berusahalah Untuk Menyihatkan IMAN!
Jangan terlalu fikirkan cinta
Cinta dan perasaan satu keperluan. Tetapi kita mesti pandai menguruskannya. Bercintalah tetapi melalui jalan-jalan yang Islam telah tunjukkan. Buat persediaan, dan lakukan ta’aruf  dan seterusnya. Islam itu dipenuhi cinta dan kasih sayang, tapi banyak cinta dan kasih sayang yang menyimpang dari islam kerana kita tidak menghayati Islam sepenuhnya.
Jom sama-sama kita mencari cinta dan RedhaNya.
Lihatlah cinta yang sebenar ini!
Dari Abu Hurairah r.a katanya, Rasulullah s.a.w bersabda:
“Sesungguhnya ALLAH TA’ALA berfirman pada Hari Kiamat kelak; mana orang-orang yang saling mencintai kerana keagungan-KU? Hari ini KU-naungi mereka, di mana tidak ada naungan yang lain selain naungan-KU.”

Jodoh Perpisahan di tangan tuhan

Tidak sangkakan? Kita KENAL, kita KAWAN..kita BERHUBUNG, mengeratkan UKHUWAH dan KASIH SAYANG, tapi kemudian..kita MENJARAK, kita MAKIN MENJAUH, kita TIDAK LAGI BERHUBUNG..kita TIDAK LAGI BERKAWAN..

Tidak sangkakan, kita sekarang..seolah-olah DUA MANUSIA yang TIDAK PERNAH KENAL satu sama lain..ya, pelik rasanya BERLAGAK BIASA..ya, kelakar rasanya BERPURA-PURA seolah-olah tiada apa yang berlaku..tidak sangkakan, MUDAH untuk MELUPAKAN semua..tapi, siapa sangka..mungkin ada HIKMAHNYA KAN?

P/s: BERSYUKUR kepada orang yang MENYAKITIMU kerana dialah yang MENABAHKAN HATIMU..TERIMA KASIH kepada "kamu" yang memberikan HATI BARU buat diri ini..♥♥


Wednesday, 18 April 2012

What Girls need to know about US?



Untuk viewer yang sedikit. Aku nak tanya sape kau? Kalau boleh kau follow lah blog aku ek? Aku nak tau siapa yang baca blog aku ni. Aku tak marah, hanya nak tahu siapa je. Sebab dekat miss Q aku dah cakap yang aku dah delete blog ni, jadi dia mungkin tak tahu kot yang aku dah revive balik blog ni. Kalau dia tahu, awak jadilah follower saya ek?

Ok la. Untuk perempuan di luar sana atau awak/kamu yang baca blog ni.

Situasi 1

Katakanlah lelaki ni cakap I LOVE U dekat kamu, apa yang patut kamu buat? 

  • Jika kamu cinta dekat dia jugak cakaplah I LOVE U too.. Itu perkara biasalah kan
  • Jika kamu tak cintakan dia, cakaplah macam ni. Saya minta maaf, saya tak dapat nak balas balik perasaan awak tu. Saya tak cintakan awak.
  • Jika kamu tak pasti dengan perasaan kamu, cakaplah macam ni. Terima kasih sebab cintakan saya tapi saya tak pasti dengan perasaan saya ni. Bagilah saya sedikit masa lagi ya?

Situasi 2

Katakanlah lelaki ni bagi ayat romentik atau gambar romentik yang lelaki ni buat sendiri ataupun cari dekat internet, apa yang patut kamu buat?

  • Jika lelaki yang kamu tidak kenal tiba-tiba bagi benda macam ni. Kamu tak yah lah layan laki macam ni. Dia ada mental problem kot. Aku laki pun tak kan buat macam tu.
  • Jika lelaki tu yang kamu kenal dan kawan kamu. Dari saat tu mungkin kamu tahu yang dia sukakan kamu. Itu atas kamu lah nak terima dia apa yang dia buat tu atau tidak. Yang perlu kamu cakap terima kasih sebab cuba nak gembirakan saya. Saya hargai yang kamu buat tu. 
  • Jika yang bagi tu ialah boyfriend kamu atau lelaki yang kamu minat. Kamu sangat bertuah la, mungkin lelaki ni nak kamu tahu yang dia nak luahkan apa yang dia rasa. Kamu tahu tak saat apa yang gembirakan bagi lelaki? Iaitu ialah luahkan perasaan sayang atau romentik dekat orang yang dia sayang.
P/S : Bila lelaki bagi ayat romentik atau jiwang bukan bermakna lelaki ni nak perempuan tu balas balik dengan ayat yang romentik plak. Lelaki cuma nak dihargai apa yang dia buat. Cuba-cuba lah cakap "Terima kasih kerana cuba nak gembirakan saya" atau cakaplah "Terima kasih kerana sanggup luahkan perasaan awak tu dekat saya. Kalau aku tentang ayat-ayat romentik ni memang aku buat sendiri, aku tak suka copy dari internet. Ada setengah lelaki minta ayat romentik dari kawan-kawan dia, cari dalam internet, novel atau dalam movie. Cubalah perempuan fikir, lelaki yang minat atau cintakan kamu ni sanggup habiskan masa dia untuk nak gembirakan kamu, jangan buat blur je. Kalau blur sangat cakaplah "Terima Kasih" Ucapan itu sudah nak memadai untuk gembirakan si lelaki ni. Fikir-fikir kanlah kaum hawa :D



Ermm.. Entahlah




Aku akan berhenti memikirkanmu...
dan aku akan benar-benar melepaskan ikatan dihatiku...


Aku hanya akan merubah diriku menjadi yang terbaik hanya Kerana ALLAH, bukan kerana menginginkanmu...
akan aku lepaskan belenggu ini,
yang membuat hatiku semakin rapuh kerana cinta yang penuh dengan tanda tanya...


Biarlah kau teruskan perjalananmu untuk jadi yang terbaik buat seseorang yang ditakdirkan untukmu... Akupun begitu...


Aku kan melanjutkan perjalananku untuk jadi imam yang terbaik buat seseorang yang akan menjadi makmumku meskipun itu bukanlah dirimu...


...kerana kini aku telah yakin bahawa... "Aku mungkin tak dapat menikahi orang yang aku cinta, tetapi wajib bagiku mencintai orang yang aku nikahi"


Ku berharap kau mendapatkan yang terbaik daripadaku... 
...dan doakanku agar aku juga mendapatkan yang terbaik hingga aku mampu tenang dengan pilihanNYA meskipun itu bukanlah dirimu...

Tuesday, 17 April 2012

‎7 sbb cinta x d trima ? knape tidak 7 amalan x dtrima ? ? ? pk2 kn lah dewa cinta

kenapa gelak? sebab aku post ni semasa nak masuk ngorib.. haha


Ermmm.. Benda ni kacau fikiran aku.. Aku mari U ni sebab nak belajar atau sebab nak bercinta atau kejar kekasih hati? aku pikir dok pikir aku nak kejar impian aku. Iaitu nak jadi seorang engineer atau cikgu. Malas dah nak pikir-pikir sal cinta ni. Wat lara je..

Hari tu sebelum aku nak balik perlis, aku lepak-lepak la dekat depan wakaf depan balai polis tu, then datanglah 3 orang askar, tugas diorang kena jadi sokongan polis dalam bantu polis buat rondaan. Then pakcik askar tu tanyalah aku belajar kat mana n amik kos apa. Cakap-cakap, lepas tu pakcik tu pun nasihatkanlah aku, semasa duduk kat U tu belajarlah sungguh-sungguh, jangan main ganja, ecstasy, pergi disko dan jangan bercinta kuat sangat. Nanti result jatuh. Then dia pun nasihatkan aku jugak, sebagai anak sulung kena jaga adik elok-elok. nasihatkan adik. Kalau nak harapkan ayah je, memang tak sempat. Ayah sibuk kerja, nak cari nafkah. Kalau nak harapkan emak, emak aku pun penat jugak bekerja. Aku angguk-angguk je. Haha,

Pastu pakcik tu pun cakaplah yang dia ada adik perempuan yang baru je abis STPM. Adik dia dapat 4P, pakcik tu tanya aku. OK ke 4P tu? aku cakaplah ok lah 4P tu, 4 Principal. Insyaallah adik pakcik boleh masuk U, pak sedara aku dapat 3P pun dapat gak masuk UUM, aku cakap dekat pakcik tu. Pakcik tu pun cakap adik pakcik isi semua U. nak jadi cikgu lah, business lah, ustazah lah.. Aku cakap ok la tu.

Then korang mesti tertanya kan? kenapa pakcik ni tak buat kerja dia daripada duk lepak dengan aku ni je? Penjenayah mesti dah banyak buat kes kan? Itu korang pikir lah kenapa.. :D

Aku duk rumah berat badan banyak naik.. Ini semua salah mama! mama masak sedap sangat!! HAHA..

ok lah.. chow dulu.. ambo nok study pulop..


Monday, 16 April 2012

I know this for a LONG TIME

saya tahu awak tidak pernah sukakan saya

saya tahu yang awak tidak cintakan saya

saya tahu yang yang cinta saya ni bertepuk sebelah tangan je

saya tahu yang saya kena reject sebanyak 4 kali dengan awak

saya tahu muka saya muka tembok



kenapa saya tidak give up dengan awak?


kerana setiap kali saya jumpa awak, mesej dengan awak dan chat dengan awak saya rasa bahagia dan gembira je. macam mana saya nak lupakan awak?




dulu saya pernah cakap yang saya akan sayang awak sampai bila-bila


sekarang inilah yang saya tengah buat




mesti awak tengah gelak baca ni kan? 


saat awak gelak, masa tu jugaklah hati saya sakit.. jadi jangan gelak, inilah apa yang saya rasa. inilah perasaan saya..


saya tak salahkan awak.. saya tak salahkan perasaan saya dekat awak.. saya tak salahkan saya sukakan awak..






quote for myself :


Dont fall in love with girls if you know you're going to cry




p/s: ya, aku pernah menangis kerana dia. kenapa? sebab dia amat bermakna dalam hidup aku.


miss Q, im sorry.

Sunday, 15 April 2012

Aku dan Dia, Akhirnya bersatu..


Ini ialah cerita rekaan semata-mata.. Enjoy!!






Aku sangat sayangkan dia..Benar!!..Aku terpaut dengan perwatakannya yang sopan, baik terhadap semua orang, lembut dalam bicaranya..aku benar2 terpaut kepadanya..Dan yang paling penting, aku cinta akan agamanya iaitu Islam..berpegang teguh pada ajaran agama..

Namun apa nak buat, hati masing-masing sudah terpaut..Aku sayang dia..Dan ternyata dia juga menyayangi aku..Kami saling menyimpan perasaan..Tidak diketahui orang lain..Biarlah ia menjadi rahsia kita berdua..

Namun kerana dek rahsia, ada hati lain yang mula menyimpan perasaan terhadap aku..Diluahkan perasaannya terhadap kekasih hatiku..Kerana kawan, kekasih melepaskan aku untuk aku bersama temannya.. "Kenapa sanggup awak melepaskan saya??"

"Kerana dia adalah teman ku..Saya ingin melihat temanku itu bahagia.."

"Dengan melihat air mata saya mengalir?"

"Saya masih dapat melihat awak apabila awak bersamanya..Awak akan bahagia bersamanya..........."

".................."

Kekasih, kau tinggalkan aku kerana temanmu..Mungkin melalui dia, aku masih mampu melihatmu dari jauh..Itu sudah cukup memadai..Jika itu mampu membahagiakan hatimu..

Namun apa yang dirancang tidak semuanya menjadi..Ayah merancang jodohku secara senyap dengan orang lain tanpa pengatahuanku..Itu sudah cukup untuk menghancurkan hati kecil ini..Aku menangis lagi..Aku dapat rasakan bahawa aku semakin jauh dengan kekasihku..Kekasih yang mengasihimu ya Allah..Allah, apakah sebenarnya ujian ini..

Segalanya sudah dirancang..Kekasihku hanya terima dengan redha..Teman kepada kekasihku kecewa namun hatinya juga cukup kuat untuk menerima..Cuma hati ini yang begitu lemah..Tapi apa yang aku mampu lakukan??..Hanya mampu menerima..walaupun hati menangis dalam gerimis..

Aku bertemu dengan bakal tunangku..Aku melihat wajahnya..persis orang yang ku kenal..Ya, aku kenal..Orang ini yang pernah cuba menagih kasihku dulu..Tapi hatiku kuat untuk menolaknya..Aku benar2 tidak punya hati untuk bersamanya.. 'Ayah, tolonglah fahami anakmu ini..Anakmu mencintai hamba Allah yang lain..'.. Itu hanyalah monolog dalam hati kecil..tidak mampu didengari oleh sesiapa melainkan Tuhan Yang Satu..

Segala sudah tersurat..Aku ditunangkan dengan orang yang aku tidak suka..Namun tidak dapat dinafikan, dia baik terhadapku.. 'Aku minta maaf..Kamu bukanlah orang yang memiliki cintaku selepas Allah dan Rasul..'

Dia membawaku ke sesuatu tempat..Bukanlah tempat untuk berdua-duaan..tapi tempat untuk merehatkan minda dan pandangan..Tapi mindaku hanya pada pencuri hatiku..Dan pandanganku tertumpu pada satu susuk tubuh yang jauh dari pandanganku..Ya,dialah kekasih hatiku..Sekali lagi Allah temukan aku denganmu walaupun dari jauh..

Tunang membawaku pulang ke rumahnya untuk bertemu keluarga..Mereka melayanku baik..Ketika aku sedang membantu mereka mengemas rumah, ada seorang wanita datang mendekati.."Siapa yang ada dalam hatimu?"

Aku menundukkan kepala..serba salah untuk berterus terang..Tapi aku harus luahkan..terlalu pedih untuk menahan.."Kekasih hatiku.."

"Siapa dia kekasih hatimu?"

"Seorang pencuri hati yang begitu redha dengan takdir Allah.."

Tapi dari situ aku yakin perasaan aku..Dan aku pasti bahawa aku perlu dapatkan apa yang aku perlukan.. Pada hari untuk menyambut bakal menantu ayah, suasana cukup meriah..dari jauh aku melihat tunangku berjalan semakin hampir, hampir dan hampir..Aku bakal diijabkabulkan..Aku tak mampu untuk terus bertahan..Aku bangun dan terus berlari keluar..kecoh..Ramai yang mengejar aku..Aku tidak peduli..Aku tidak kisah andai ada yang berkata aku sengaja membollywoodkan kisah aku..

Aku menyeberangi sawah yang ada..rumahnya didepanku..Si pencuri hatiku juga ada di situ..Melihat wajahnya sudah cukup membuatku tersenyum bahagia..Di belakangku sudah ramai yang datang berkumpul, orang-orang yang mengejarku..Kini mereka tahu, siapa sebenarnya pencuri hatiku..Dan ayah bersetuju..Tunangku hanya tersenyum..Dia rela melepaskan aku untuk aku bersama dengan si pencuri hatiku..Dengan restu mereka semua, kami di satukan..Alhamdulillah..

10 reason why i dont like about MISS Q

1)
2)
3)
4)
5)
6)
7)
8)
9)
10)

haha, tipu je.. tak ada satu pun yang aku tak suka pasal dia..

Saturday, 14 April 2012

My KMPP praktikum

Greeting my fellow stalker.. haha, beginilah kalau dah tertaksub sangat dengan cerita big bang theory.

Teka mana satu aku? Haha
http://f4p8-0809.blogspot.com ni ialah blog praktikum aku.. Power kan praktikum aku? siap ada blog lagi tengok lah siapa ketua dia. Haha

Ok, ni nak citer pasal cerita cinta tak terbalas kawan aku dekat praktikum aku dulu. Cinta tak terbalas satu praktikum. Kat praktikum aku dulu adalah seorang budak perempuan kelantan, budak perempuan ni tunggi,cun,putih dan lemah lembut. Haha, Pastu kawan lelaki aku ni budak terengganu. Dia gelap dan pendek sedikit tapi dia ni pandai bercakap. Sebulan semasa dia tinggal dekat matrik dia dapat tawaran ke maktab. Ok la power2.

Budak perempuan ni sebenarnya dah ada boyfriend, tapi kawan aku tu masih nak usha dia. Aku dengan budak perempuan ni just hanya kawan sekelas je, dia cakaplah dekat aku yang dia anggap kawan aku tu sebagai kawan je. Kalau budak lelaki tu nak lebih, dia tak mahu kawan dengan budak lelaki tu. Aku cakaplah dekat budak perempuan tu tak yah lah layan kawan aku dak laki tu. Lama-lama dia senyap lah. Tapi kesian lah kan dekat laki tu? tapi nasiblah siapa suruh kacau girlfriend orang. Haha, Aku ada gak nasihat kawan laki aku tu, tapi dia anggap aku plak musuh cinta dia. WTH.. haha, Aku tak terpikat dengan budak perempuan ni sebab masa tu aku dah ada Miss N dan aku tak suka perempuan yang ada ramai peminat, susah nak jaga. Yang biasa-biasa sudah. Lagipun dulu bagi aku miss N adalah segala-galanya. Dulu lah, sekarang bagi aku miss Q segala-galanya. Tapi-tapi, haha..

Ok lah, nak pergi makan gulai dekat kuala krai plak.. bye2


Monday, 9 April 2012

Cuti Cuti

Assalamualaikum w.b.t

Bermulalah cuti mid sems yang telah lama aku tunggu-tunggu. Aku sampai rumah petang sabtu, aku sampai lebih kurang pukul 5 petang. Bila dah sampai rumah aku terus ambik kunci motor dan pergi ke majlis kahwin sepupu aku dekat bachok. Parent aku sudah ada dekat sana, mereka pergi pukul 3 lagi. Sampai dekat sana, aku tegur sedara mara dan terus tengok sepupu aku kahwin. Sepupu aku yang kahwin tu perempuan, tua setahun dari aku. Dia belajar dekat upsi. Kami tak lah rapat sangat, bolehlah. Dulu kami satu matrik, masa tu kami start rapat dan berkawan. 

Cuti-cuti ni aku tak buat apa, hari kedua dekat rumah kemas-kemas rumah dan bilik, aku benci tengok keadaan rumah yang berserabut dan ada habuk. Adik aku suka baling-baling barang jadi biasalah kalau rumah aku berserabut tu. Aku jugak sensitif dengan habuk, ada habuk sedikit terus aku bersin. Haha. Hari kedua aku lepak dengan sepupu laki, jalan-jalan dan makan-makan. Hari ketiga lepak dekat rumah je, tengok tv dengan adik. Cerita yang paling aku suka tengok ialah siaran ulangan Iman Muda episod 5 dekat astro oasis, pada minggu kelima, kali ini tema zaman remaja menuju kedewasaan. Episod ni best sebab diorang kena buat task pergi ceramah dekat pasangan couple yang tengah duduk berdua-duan. Bila lelaki dan perempuan berdua-duan maka timbullah orang yang ketiga iaitu syaitan, biasalah tu.



Berdua-duaan tu best, siapa cakap tak best kan? tapi benda yang best tu lah sebenarnya senang buat kita dapat dosa. Jadi kejarlah cita-cita dan impian tu dulu, cinta ni letak last sekali. Nasihat untuk diri aku sendiri. Aku bila dah suka dan sayang dekat orang ni lah benda yang akan aku buat :

(1) Aku akan buat apa sahaja demi dia, sampai mati pun aku sanggup.
(2) Aku akan cuba tak kan sakiti hati dia, walaupun masa tu aku tengah sakit hati.
(3) Bila aku tersempak dengan dia, aku akan cuba senyum
(4) Aku type mesej panjang-panjang dan balas dengan cepat
(5) Aku sanggup letak cita-cita dan impian aku last sekali, demi cinta. Benarlah orang cakap cinta itu buat orang jadi buta.
(6) Aku tak suka orang masuk campur dalam hal cinta aku. Terutama kawan, kalau nak masuk campur dan kritik aku punya gadis yang aku minat. Kalau mood aku tak baik, confirm aku sound depan-depan.

Haha, sekarang? Entahlah.. Hati aku tak terbuka untuk sesiapa, hanya dia sorang je..

Wednesday, 4 April 2012

Dota


Dota dalam definisi panjang ialah Defend Of The Ancient. Permainan ni sangat popular sejak dari aku tingkatan 3 lagi, cuma dulu dota tak ada lagi. Dulu yang ada ialah Warcraft 3, lepas tu Warcraft3 ni mengeluarkan map yang bernama DOTA. Beza dota dengan Warcraft3 ialah dota ni kita kena kawal 1 hero je. Kalau dalam game Warcraft3 biasa kita kena kawal banyak hero,askar dan bangunan.

Dota sangat popular kerana banyak faedah yang kita dapat jika main dota. Contoh faedah yang akan kita dapat ialah :

(1) Kita dapat mengeratkan silaturahim antara cina,melayu dan india. Bila main dota, terutama jika main online di internet (garena), maki-maki antara melayu dan cina biasa je. Contohnya cina akan cakap melayu tak pandai main, lepastu melayu plak akan balas cina makan babi, Haha, aku tak adalah cakap camtu, aku tengok diaorang gaduh je dalam ruangan chat. Aku tak suka maki-maki orang ni, aku baik kot. Haha

(2) Dapat mereleasekan tension. Macam nak dekat-dekat test atau exam confirm tension. Jadi dota lah tempat nak mengurangkan stress ni. Lepas main dota satu jam, lepas tu sambung stadi balik. Ingat motto "study smart not study hard". Sedangkan budak cina kelas aku yang dapat pointer 3.6 ke atas pun main dota jugak.

(3) Dapat duit atau hamper bila masuk dan menang tournament. Kalau main game macam plantvszombie,castleville dan lain-lain jangan harap nak dapat.

Yang masalah apabila main dota adalah apabila ada awek yang jenis nak mesej 24 jam. Maka jadilah masalah seperti ini, tangan kanan duk tekan keyboard main dota dan tangan kiri taip mesej dekat awek. Sangat serabut macam tu, haha..Lagipun bagi awek yang boyfriend dia main dota tu, tak payahlah nak jeleous jika boyfriend kamu tu main dota, jika kahwin satu hari nanti, boyfriend kamu mesti akan kahwin dengan kamu, bukan dengan dota, kan? Haha~

1,2 hari ni aku duk perabih masa dengan game ni je. Study 1 jam, main dota 2 jam.. Haha, bilalah aku nak insaf, aku pun tak tau.. :D

Tuesday, 3 April 2012

Bercouple Itu Haram



Assalamualaikum w.b.t

Di bawah ni ada beberapa soalan tentang masalah remaja. Tidak salah kalau kita nak berubah menjadi lebih baik kan?

Soalan 1

Salam. Boleh saya minta pendapat ? Saya dulu pernah ber'couple' dan akhirnya kami putus. sejujurnya saya sayangkan dia. sampai sekarang dan kadang2 masih lagi menangis teringatkan dia. saya tahu, tak guna sebenarnya utk sy membazirkan masa dan waktu ingat dia tapi saya tktau mcmane nak ignore perasaan ni. kawan sy kata, banyak hikmah yg berlaku. Dengan pemergian dia, sy dah terlepas drpd zina mata, zina percakapan dll. Saya syukur dgn apa yg jadi tp jauh disudut hati sy, susah nak terima. Tp alhamdulillah , couple2 ni bukan cara saya skrg. sy dah jauhkan semua tu tp masalahnya , sy terlalu sukar nak lupakan si dia. sdgkan si dia dan bahagia bersama kekasih saya. Apa jalan terbaik utk saya?



**********

di akhirat nanti sekecil-kecil anggota badan waima bulu mata pun akan bersaksi tentang apa yang dilakukan di dunia...
bila Allah tanya, wahai bulu mata, mengapakah engkau dibasahi air mata semasa di dunia.....kalau bulu mata menjawab, aku dibasahi air mata merindui si ajnabi.....

Allah..malunya kita dengan Allah kalau kita jawab macam tu...

apa-apa pun....kembali pada Allah....kalau kita meninggalkan sesuatu dosa atau kemaksiatan semata-mata untuk mencari redha Allah, pasti dipermudahkan..

banyakkan belajar ilmu agama, banyakkan membaca al-quran...dampingi orang-orang soleh....hadiri majlis-majlis ilmu...penuhkan dada dengan cinta dan kasih sayang Allah dan Rasulullah...

delete dan buang semua perkara berkaitan exboyfriend tu..jangan ambil tahu pasal dia lagi..

jodoh yang terbaik menanti saudari insya-Allah..perbaiki diri dan berdoa Allah memberikan yang terbaik buat saudara....wallahualam




Soalan 2

Assalamualaikum..
sy ad suka dekat sorg lelaki nie,boleh dkatakan kami berkawan la sekarang..sy xpernah berkapel,sbb takut tgk org skang yg ramai hanyut sbb cinta..lelaki nie org 1st yg wt sy tertarik ..tp Alhamdulillah sy masih dpt kawal perasaan nie, saya pendamkan je,pd masa yg sama sy xsuka perasaan nie sebab menyusahkan dan merimaskan..sy tahu perasaan cinta tuu ad dalam setiap diri manusia..dlm solat selalu doa kat Allah supaya dpt lupakan lelaki tuu sbb sy tk0t dosa kalau asyik pk lelaki tuu..tapi masih xdpt lupekan..mcm mana cara termudah utk lupa org 2?da xsanggup lagi fikirkan lelaki 2 sbb sy takut berdosa.. dah 2 ap hukum jika sy tolak perasaan cinta nie? daripada sy terus terang, baik sy pendamkan sbb sy xnk org 2 anggap sy nie pompuan murahan sbb senang2 je luah perasaan kt lelaki..

**********

waalaikumussalam..
memang fitrahnya lelaki dan perempuan akan saling tertarik....dan sebagai manusia yang beriman, kita ada jalan yang terbaik untuk menyalurkannya....insya-Allah admin cuba bantu...

ingatkan kisah fatimah az-zahra yang sebelum bernikah dengan saidina Ali, fatimah memang telah memendam rasa suka terhadap Ali dan hanya melafazkannya ketika malam pertama mereka*sooooooo sweeeet~~*

jalan yang terbaik adalah menyimpan dahulu perasaan tu..jika dah tiba perasaan untuk berkahwin dan mampu, risik-risiklah si dia sama ada dah berpunya atau belum...jika yakin akan agama si dia, tiada masalah jika kita sebagai perempuan memulakan langkah....Nabi Muhammad S.A.W pun dipinang oleh Siti Khadijah kan...=)

tapi andai belum mahu berkahwin tetapi ada rasa suka pada si dia....daripada berdoa agar dihilangkan perasaan tuh...tukarlah dia kepada..

"Ya Allah jika si dia adalah jodohku, bukakanlah hatinya untukku dan lapangkan dadaku untuknya.....jika rasa cinta ini petanda jodoh kami, bantulah kami agar tidak terleka dari jalan-Mu....permudahkan urusan jodoh kami...

tetapi Ya Allah jika dia bukanlah jodohku, redhakan hatiku dengan aturan-Mu..hilangkan perasaan ini...jauhkan diriku daripadanya, dan jauhkan dia daripadaku...

sesungguhnya Engkau mengetahui apa yang kami tidak mengetahui..."

sebab saudari tak tahu pun kan sama ada dia jodoh saudari atau tidak...

cinta itu selalu tak salah, tapi jadi salah jika salah caranya..

wallahualam....


Soalan 3

saya memang berminat dengan seorg prempuan iaitu rakan sekelas saya sendiri,saya pernah luahkan perasaan saya kepadanya dan berminat untuk jadikan dia sebagai teman hidup sy,untuk pngtahuan admin,kami pelajar IPTA tahun 3.bagaimana nk jelaskan kepada kedua ibu bapa kami???
andaikata diizinkan,saya berminat untuk
 mendalami ilmu agama dan berkahwin mengelakkan maksiat..

**********

waalaikumussalam....
berterus terang saja pada parents..
minta pandangan mereka..
jangan cari gaduh.
tapi berbincang...

kalau berhasrat berkahwin ketika masih belajar..
terangkan perancangan masa hadapan..
dari mana nak dapat nafkah..
nak tinggal bersama atau nikah gantung...
sumber pendapatan kalau ada..
nak tinggal di mana....

buktikan yang kalian dah bersedia dan bukan berkahwin bukan sekadar untuk berkahwin..
siapkan diri dengan ilmu agama..

istikharahlah minta petunjuk dari Allah..
dan teruskan berdoa...
admin doakan dipermudahkan urusan kalian...

amiin...


Soalan 4

salam admin. ana nak tanya. macam mane nk nasihat kawan yg ana yg berkawan rapat dengan lelaki. slalu bergayut telefon pada waktu malam, bermesej hmpir setiap hari.. kadang - kadang, kalau berbicara melalui telefon tu, ade la jugak tanyekan hal2 pelajaran, tapi banyak juga bercampur dgn hal2 yg lagha.. tapi dye org tak pernah declair couple, cuma perbuatan mereka tu hampir sama dgn org yg bercouple, cuma tak pergi dating or keluar berdua je..
pendapat admin macam mane?


~~~~

waalaikumussalam warahmatullah.....sebagai kawan, ukhti bertanggungjawab mengingatkan sahabat dari semasa ke semasa....agar dia tak tersasar.....sentiasalah nasihatkan dia perihal batas pergaulan antara lelaki dan perempuan....

kongsikan artikel atau perkongsian tentang bahaya pergaulan bebas dalam Islam..ajak dia bersama-sama ke majlis-majlis ilmu.....

insya-Allah lama-lama mungkin dia akan faham kerisauan kita terhadap dia....

sentiasa doakan agar sahabat tu tak tersilap arah.......

kita manusia hanya boleh berusaha, soal hidayah serahkan pada Allah...

wallahualam~


Soalan 5


assalamualaikum..
ape hukum bg sorg gf yang menerima wang belanje dari bf nye tiap2 bulan?.pemberian tu boleh d anggap nafkah ke sbb kerap kali d beri wang belanje?


**********

waalaikumussalam...
sepanjang pengetahuan admin,tanggungjawab memberi nafkah kepada seorang perempuan hanyalah ketika menjadi suami isteri atau dari seorang lelaki kepada saudara perempuannya..

tiada istilah nafkah untuk kekasih..Islam takde ajar berkekasih...Islam takde ajar bagi nafkah pada kekasih....bahkan itu boleh mendatangkan fitnah..naudzubillah

nasihat admin, bagi perempuan, berhati-hatilah menerima sesuatu daripada lelaki yang bukan muhrim....selagi belum halal, jagalah batasnya.....

untuk apa memberi nafkah padahal belum ada hubungan sah?sebagai tanda kita milik dia?atau apa?

lebih baik duit yang berlebihan tuh diberi pada mak ayah di rumah yang lebih berkeutamaan menerima nafkah dari lelaki tu...

kalau sudah suka sama-suka...mampu pulak tu lelaki tuh nak bagi nafkah, kahwinlah......elakkan maksiat yang berpanjangan...

wallahualam...harap membantu...


Soalan 6

assalamualaikum.....
pe hukumnya lau kita msj yg berkaitan dgn hbngan seks?


**********

waalaikumussalam....

jika soalan yang ditanyakan ni bermesej antara lelaki dan perempuan..ternyatalah tidak dibolehkan bermesej yang berkaitan dengan hubungan seks...haram hukumnya...

soal ikhtilat, apa yang dibolehkan dibicarakan secara bersemuka...insya-Allah boleh dibicarakan secara sms.....tetapi awaslah, syaitan sentiasa menjadi yang ke-3....ternyata berbincang mengenai seks boleh menaikkan syahwat dan boleh membawa ke arah zina...

jadi tak perlu berbicara tentang tu......benteng pemelihara diri seorang wanita adalah sifat malunya..tak malu kah berbicara soal yang sangat peribadi ini bersama lelaki yang belum tentu menjadi suami kita.....

sekali lagi, jagalah maruah kamu.......entahkan si lelaki bercerita kepada kawan-kawannya tentang apa yang dibicarakan...bukan kah kita akan malu?

la taqrabun zina....
jangalah kamu mendekati zina...

wallahualam


Soalan 7

salam.....saya nk tnya satu soalan tentang couple...blh...n tolng mntk tolong share pada smua teman2

blh ke klau orang yang dok bercouple tu dok bergabung2 nama????n pamirkan pada orng?


********

jawapan admin...

waalaikumussalam....
gabungan nama ni pada asalnya tidaklah salah..ramai je yang gabung nama untuk dijadikan nama perniagaan dan lain-lain...tapi kita berbalik kepada hukum asal berkaitan kapel ni....berkapel,berdating,bermanja-manja tanpa hubungan yang sah adalah haram di sisi Islam...kalau berkapel pun dah haram....apatah lagi mempamerkan kepada orang supaya diketahui oleh orang lain....

alangkan bertunang pun sebaiknya dirahsiakan untuk menjaga maruah kedua-dua pihak..takkan berkapel perlu dihebahkan...

kan?

tak perlulah gabung-gabung nama dan bagitau seluruh dunia...kalau clash..apa jadi?satu dunia dah tahu kita pernah berhubungan dengan seseorang....jagalah maruah diri kita wahai sahabat.....jaga maruah ibu dan bapa kita.....

wallahualam~

“Tidak ada apa yang kami lihat pada kedua-dua yang menyintai satu sama lain melainkan PERNIKAHAN”
[Hadith Riwayat Ibn Maajah]




Kadang-kadang, ALLAH sengaja menghadirkan seseorang untuk membuat kamu jatuh dan putus asa kerana Dia mahu kamu belajar untuk berdikari tanpa mengharapkan bantuan orang lain SELAIN dariNYA.....

>>> Sedarilah, kamu punya ALLAH... alhamdulillah (✿◠‿◠)