Wednesday, 4 April 2012
Dota
Dota dalam definisi panjang ialah Defend Of The Ancient. Permainan ni sangat popular sejak dari aku tingkatan 3 lagi, cuma dulu dota tak ada lagi. Dulu yang ada ialah Warcraft 3, lepas tu Warcraft3 ni mengeluarkan map yang bernama DOTA. Beza dota dengan Warcraft3 ialah dota ni kita kena kawal 1 hero je. Kalau dalam game Warcraft3 biasa kita kena kawal banyak hero,askar dan bangunan.
Dota sangat popular kerana banyak faedah yang kita dapat jika main dota. Contoh faedah yang akan kita dapat ialah :
(1) Kita dapat mengeratkan silaturahim antara cina,melayu dan india. Bila main dota, terutama jika main online di internet (garena), maki-maki antara melayu dan cina biasa je. Contohnya cina akan cakap melayu tak pandai main, lepastu melayu plak akan balas cina makan babi, Haha, aku tak adalah cakap camtu, aku tengok diaorang gaduh je dalam ruangan chat. Aku tak suka maki-maki orang ni, aku baik kot. Haha
(2) Dapat mereleasekan tension. Macam nak dekat-dekat test atau exam confirm tension. Jadi dota lah tempat nak mengurangkan stress ni. Lepas main dota satu jam, lepas tu sambung stadi balik. Ingat motto "study smart not study hard". Sedangkan budak cina kelas aku yang dapat pointer 3.6 ke atas pun main dota jugak.
(3) Dapat duit atau hamper bila masuk dan menang tournament. Kalau main game macam plantvszombie,castleville dan lain-lain jangan harap nak dapat.
Yang masalah apabila main dota adalah apabila ada awek yang jenis nak mesej 24 jam. Maka jadilah masalah seperti ini, tangan kanan duk tekan keyboard main dota dan tangan kiri taip mesej dekat awek. Sangat serabut macam tu, haha..Lagipun bagi awek yang boyfriend dia main dota tu, tak payahlah nak jeleous jika boyfriend kamu tu main dota, jika kahwin satu hari nanti, boyfriend kamu mesti akan kahwin dengan kamu, bukan dengan dota, kan? Haha~
1,2 hari ni aku duk perabih masa dengan game ni je. Study 1 jam, main dota 2 jam.. Haha, bilalah aku nak insaf, aku pun tak tau.. :D
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment