![]() |
kenapa gelak? sebab aku post ni semasa nak masuk ngorib.. haha |
Ermmm.. Benda ni kacau fikiran aku.. Aku mari U ni sebab nak belajar atau sebab nak bercinta atau kejar kekasih hati? aku pikir dok pikir aku nak kejar impian aku. Iaitu nak jadi seorang engineer atau cikgu. Malas dah nak pikir-pikir sal cinta ni. Wat lara je..
Hari tu sebelum aku nak balik perlis, aku lepak-lepak la dekat depan wakaf depan balai polis tu, then datanglah 3 orang askar, tugas diorang kena jadi sokongan polis dalam bantu polis buat rondaan. Then pakcik askar tu tanyalah aku belajar kat mana n amik kos apa. Cakap-cakap, lepas tu pakcik tu pun nasihatkanlah aku, semasa duduk kat U tu belajarlah sungguh-sungguh, jangan main ganja, ecstasy, pergi disko dan jangan bercinta kuat sangat. Nanti result jatuh. Then dia pun nasihatkan aku jugak, sebagai anak sulung kena jaga adik elok-elok. nasihatkan adik. Kalau nak harapkan ayah je, memang tak sempat. Ayah sibuk kerja, nak cari nafkah. Kalau nak harapkan emak, emak aku pun penat jugak bekerja. Aku angguk-angguk je. Haha,
Pastu pakcik tu pun cakaplah yang dia ada adik perempuan yang baru je abis STPM. Adik dia dapat 4P, pakcik tu tanya aku. OK ke 4P tu? aku cakaplah ok lah 4P tu, 4 Principal. Insyaallah adik pakcik boleh masuk U, pak sedara aku dapat 3P pun dapat gak masuk UUM, aku cakap dekat pakcik tu. Pakcik tu pun cakap adik pakcik isi semua U. nak jadi cikgu lah, business lah, ustazah lah.. Aku cakap ok la tu.
Then korang mesti tertanya kan? kenapa pakcik ni tak buat kerja dia daripada duk lepak dengan aku ni je? Penjenayah mesti dah banyak buat kes kan? Itu korang pikir lah kenapa.. :D
Aku duk rumah berat badan banyak naik.. Ini semua salah mama! mama masak sedap sangat!! HAHA..
ok lah.. chow dulu.. ambo nok study pulop..
No comments:
Post a Comment