Monday, 30 April 2012

Kerja itu amanah

Assalamualaikum,

Terus terang aku marah kalau orang duk hina polis. Serius aku marah..!!

Cuba bayangkan kalau parent korang kena hina, korang marah tak? Cuba bayangkan kalau parent korang kena hina makan rasuah, ganas dan  ikut kata kerajaan. Korang marah tak?

Polis sebenarnya diorang buat kerja ni ikut arahan pihak atasan, jadi contohnya diorang kena halang  rakyat daripada buat keganasan. Takkan diorang tak nak halang? Nak diorang kena buang kerja?, jadi bila diorang dah kena buang kerja, siapa yang nak bagi anak polis ni makan? Bayar duit yuran sekolah? Kamu ke? Jangan haraplah... Bila kamu kena saman sebab tak patuhi peraturan lalu lintas, kamu terus minta maaf dengan polis supaya jangan saman. Nasiblah.. Siapa suruh tidak ikut peraturan. Cuba bayangkan kalau polis tangkap pencuri yang menyamun dalam rumah kamu, lepas tu pencuri tu minta maaf supaya tidak kena masukkan dalam penjara.  Patut ke pencuri tu diberi peluang supaya dilepaskan? Tak kan. Jadi macam tu jugaklah dengan situasi kena saman. Bayar je la saman tu. Banyak songeh. Siapa suruh tak patuhi undang-undang jalan raya.

Yang suka duk hina polis tu, bila kamu dalam kesusahan. Contohnya motosikal kamu hilang ke? beg kena curi ke? kena pukul ke? Korang pergi report dekat siapa? Tok penghulu? Tok lebai? Polis jugak kan? Jadi tak yah lah duk hina polis, sebab tanpa polis pasti malaysia ni tidak aman. Last-last kamu akan cari polis jugak.

Siapa yang berani duk kutuk-kutuk polis depan aku. Sumpah aku akan balas balik hingga dia menangis. Trylah..!! Dont dare u hina my father job!!!!! Aku paling tak suka kalau orang duk kutuk orang yang paling aku sayang, kalau kutuk aku takpe lagi.



haaahh...biar jdi mcm singapore,byk ank mlayu yg lelaki brtatu,brtindik..smpai azan pun xbleh nk dgr...tmpat mksiat ada khas punyee..tu ke yg korang nk sgt...polis jaga kselamatan ngara,yg bangang wat kacau tu nape..bila kena rompak,ada jenayah...korang panggil sape..tok pnghulu ke,jiran sblh...anak hilang kena culik korang panggil sape..(tlglh tok carikn ank saya,tok rmh saya kena rompak..tlglh tok)sdarlh diri ckit.

No comments:

Post a Comment