Bermulalah cuti mid sems yang telah lama aku tunggu-tunggu. Aku sampai rumah petang sabtu, aku sampai lebih kurang pukul 5 petang. Bila dah sampai rumah aku terus ambik kunci motor dan pergi ke majlis kahwin sepupu aku dekat bachok. Parent aku sudah ada dekat sana, mereka pergi pukul 3 lagi. Sampai dekat sana, aku tegur sedara mara dan terus tengok sepupu aku kahwin. Sepupu aku yang kahwin tu perempuan, tua setahun dari aku. Dia belajar dekat upsi. Kami tak lah rapat sangat, bolehlah. Dulu kami satu matrik, masa tu kami start rapat dan berkawan.
Cuti-cuti ni aku tak buat apa, hari kedua dekat rumah kemas-kemas rumah dan bilik, aku benci tengok keadaan rumah yang berserabut dan ada habuk. Adik aku suka baling-baling barang jadi biasalah kalau rumah aku berserabut tu. Aku jugak sensitif dengan habuk, ada habuk sedikit terus aku bersin. Haha. Hari kedua aku lepak dengan sepupu laki, jalan-jalan dan makan-makan. Hari ketiga lepak dekat rumah je, tengok tv dengan adik. Cerita yang paling aku suka tengok ialah siaran ulangan Iman Muda episod 5 dekat astro oasis, pada minggu kelima, kali ini tema zaman remaja menuju kedewasaan. Episod ni best sebab diorang kena buat task pergi ceramah dekat pasangan couple yang tengah duduk berdua-duan. Bila lelaki dan perempuan berdua-duan maka timbullah orang yang ketiga iaitu syaitan, biasalah tu.
Berdua-duaan tu best, siapa cakap tak best kan? tapi benda yang best tu lah sebenarnya senang buat kita dapat dosa. Jadi kejarlah cita-cita dan impian tu dulu, cinta ni letak last sekali. Nasihat untuk diri aku sendiri. Aku bila dah suka dan sayang dekat orang ni lah benda yang akan aku buat :
(1) Aku akan buat apa sahaja demi dia, sampai mati pun aku sanggup.
(2) Aku akan cuba tak kan sakiti hati dia, walaupun masa tu aku tengah sakit hati.
(3) Bila aku tersempak dengan dia, aku akan cuba senyum
(4) Aku type mesej panjang-panjang dan balas dengan cepat
(5) Aku sanggup letak cita-cita dan impian aku last sekali, demi cinta. Benarlah orang cakap cinta itu buat orang jadi buta.
(6) Aku tak suka orang masuk campur dalam hal cinta aku. Terutama kawan, kalau nak masuk campur dan kritik aku punya gadis yang aku minat. Kalau mood aku tak baik, confirm aku sound depan-depan.
Haha, sekarang? Entahlah.. Hati aku tak terbuka untuk sesiapa, hanya dia sorang je..
No comments:
Post a Comment