Monday, 11 June 2012

Kongsi Ilmu




Assalamualaikum w.b.t,

Hari ni aku nak cerita pasal kelebihan kongsi ilmu. Memang tak dapat dinafikan kita ni bukanlah manusia yang pandai sangat, kadang-kadang apabila kita tak pandai kita minta tolong orang supaya ajar kita benda yang kita tak pandai tu. Apabila kita dah pandai dalam hal sesuatu tu, kita ajar orang lain plak, lepastu orang lain tu ajar orang lain plak dan seterusnya. Tengok ayat di atas, "Ikutlah seperti resminya padi, Semakin berisi tunduk ke bumi semakin merendah diri itulah yang terpuji". Jadi apabila kita dah pandai dalam sesuatu benda ni janganlah nak kedekut kongsi dengan orang lain plak, ilmu kalau kita tak amal, kemana jugak perginya kan? Ilmu yang kita ada dan faham sedikit je, kalau nak dibandingkan dengan imu ALLAH S.W.T.

Cuba bayangkan kalau kita buat nota ringkas untuk persiapan exam untuk subjek. Lepas tu kawan kita pinjam dan potostat, lepastu kawan dia yang lain nak potostat jugak nota kita. Cuba bayangkan kalau 50 orang potostat nota kita tu? Berapa pahala yang kita dah dapat. Macam tips jugaklah, kita antar dekat orang tu, lepastu orang lain forward mesej kita, pastu kawan dia forward lagi mesej kita. Cuba bayangkan berapa banyak pahala yang kita dapat dalam beberapa saat? Tak terkira kan?

Samalah jugak macam ilmu, kalau kita ajar seorang, lepastu seorang tu ajar sepuluh orang, sepuluh orang tu ajar 100 orang dan seterusnya. Jadi senang kan kita nak buat pahala, terutamanya time nak exam ni. Berapa keberkatan yang kita dah dapat.

Last, aku paper last hari sabtu ni. Lepas tu hari isnin tu plak dah start praktikal. Yang bestnya aku praktikal kat penang. Mak saudara aku bagi free pinjam kereta dan motor dia untuk pergi ke tempat praktikal. Yabeda BEDUUUU!!! PENANG HERE I COMEEEE bebeh!!!~~ haha..




Wednesday, 6 June 2012

Ci cinta cinta





Kalau dulu..aku selalu fikir bila da putus dgn 'some1', 
aku cari 'some1' yg lain lagi :)
Perlukan 'some1' untuk berkongsi rasa gembira, sedih or pape jela :D
Bila fikir umur da meningkat..rasanya aku tak perlukan 'some1' tu now ;)
Walaupun aku tau 'some1' tu akan hadir gak lam hidup ku suatu hari nanti sebagai jodoh yg Allah telah tetapkan untukku ♥..Ya InsyaAllah ;)
So now aku tak perlukan 'some1' sebab segala nya aku lebih suka mengadu & berkongsi rasa dgn-Nya, aku rasa lebih tenang kerana Dia sentiasa ada disetiap perjalanan hidup ku ini :D
I ♥ Allah ;)
Without Allah I'm Nothing :D

Wednesday, 30 May 2012

Project-i

Haha, aku baru je siap duk wat poster dan programming untuk projek i lusa ni.

Tahun lepas project i group aku buat projek pasal scooter elektrik. Tapi project tu terbengkalai sebab tak lojik nak buat. HAHA.. Yela cuba bayangkan scooter berapa ratus harga? Enjin lagi? tu tak termaksud nak cat, perkakas dalam dan lain. Anggaran kos rm1000.. Lagipun scooter elektrik tu khas untuk budak mekanikal je, budak elektronik memang mustahil nak buat.

Lepastu untuk tahun ni memang insyaallah boleh siap projek i tu. Tahun ni group kami buat pasal Jaket Kelip-kelip guna LED. Dengar senang je kan? Tapi memang senang pun, kikiki... Untuk programming, guna hardware nama adruino. Hardware ni guna source code C++.. Senang je kot, lagi simple dari micro-c.

Ok la, ni minggu study week. Part aku untuk i-Project dah habis. Tibalah giliran budak-budak lain sambung plak. Aku nak studyyyyy......

K, bye.. nyte.. :D

Bab-bab programming,hardware dan photoshop memang aku minat giler-giler. Ini mungkin tanda-tanda utk fyp sems depan aku akan buat pasal programming.. Insyaallahh... Aku akan grad tahun depan.. Takkan ada extend-extend.. Amin....





Friday, 11 May 2012

VPN

Assalamualaikum w.b.t,

Hari ni aku nak cerita pasal VPN. Aku baru je lepas beli VPN minggu lepas. VPN ni apa? VPN ini ialah sejenis software yang akan menyekat broadband kita daripada exceed limit download. Ok, contohlah download limit kita tu 5GB, jadi apabila download limit kita dah mencecah 5GB, secara automatik broadband kita akan jadi slow tapi dengan menggunakan software VPN, software ni akan menyekat broadband kita daripada exceed limit. Jadi sesiapa yang kaki download macam aku ni kenalah guna software VPN ni.

Cara bayaran VPN ni ialah kalau kita nak guna VPN ni selama 3 bulan bayarannya sebanyak RM35, kalau 6 bulan plak bayarannya RM65.

Kalau sesiapa yang tiada broadband pospaid ni jugak boleh jugak nak gunakan khidmat VPN ni, caranya beli kad prepaid RM5 dekat kedai jual handphone, lepastu suruhlah dealer VPN tukar prepaid kepada pospaid. Yang perlu buat ialah bayar RM35 je tiap bulan-bulan. Bil broadband tak perlu bayar, murah kan?

Apa keburukan VPN?

Keburukannya kalau server down memang x bervpn la gamaknya dan kena tengok line jugak. Kalau area yang ada line banyak, maka lajulah VPN ni..

Tu je kot :D


Wednesday, 9 May 2012

Dah la penyakit, aku dah letih dah


Assalamualaikum..


Kita semua yang hidup di atas dunia ni tak mahu mendapat penyakit, termasuklah aku. Memang tidak dapat dinafikan yang penyakit tu datang dari tuhan, mungkin dia nak uji setabah mana kita menghadapinya dan mungkin juga penyakit adalah salah satu cara tuhan nak sembuhkan dosa-dosa kecil kita.


Pagi tadi semasa dalam kuliah aku dapat panggilan yang mengejutkan dari abah aku. Abah aku disahkan mendapat penyakit Hepatitis C. Apakah penyakit hepatitis C? Dalam singkatan ialah radang hati. Penyakit ni sukar dikesan dan dia akan timbul gejala ni apabila kita dah berumur 40 tahun. Penyakit ni membunuh pesakit secara senyap dan boleh membawa maut jika tidak dirawat dengan awal. Simpton-simpton awal penyakit ni sukar dikesan dan simpton penyakit ni di tahap yang kronik ialah 



  • Jaundis 
  • Air kencing berwarna gelap 
  • Keletihan melampau 
  • Loya 
  • Muntah 
  • Sakit perut.
  • Anak putih mata berwarna kuning


  • Jadi siapa yang ada simpton ni cepat-cepat lah pergi buat ujian darah kerana penyakit ini boleh diubati jika dikesan secara awal. Abah aku suruh aku pergi buat ujian darah dekat hospital kangar takut-takut aku ada berjangkit dengan dia ke. Aku pun ada jugak sedikit-sedikit simpton diatas seperti letih,loya dan sakit perut. Tapi entahlah kesibukan belajar di U ni, membuatkan aku tak ada masa nak pergi check dekat hospital. Entahlah bila nak pergi check.

    Jika aku disahkan menghidapi penyakit ni orang yang pertama sekali aku nak minta maaf ialah dekat budak perempuan satu kelas dengan aku. Budak perempuan yang aku minat. Aku banyak kacau dia, nak tackle dia, luahkan perasaan dekat dia, cakap i love u-i love u dan macam-macam lagi. Aku dah cuba banyak kali minta maaf dekat dia, tapi entahlah dia maafkan aku atau tak. Kalau dia tak maafkan aku maknanya kalau aku pergi dulu dari dia, entahlah. Aku pun tak tahu macam mana.


    Aku dah tak mahu kehilangan orang yang aku sayang. Aku mintalah pembaca-pembaca blog ni doakan agar abah aku sempat sembuh.

    Tuesday, 8 May 2012

    Contoh ayat yang awak boleh bagi dekat saya.. :D

    Hati saya pada awak .. ♥



    Ayat Pertama

    Aku cuba menyintaimu

    tapi cintaku bagaikan dipaksa-paksa
    aku berusaha lagi untuk mencintai dirimu
    tapi aku rasa cinta perasaan bagaikan direka-reka
    bukan aku cuba semua itutapi aku rasa bagaikan boneka
    aku teruja dengan segala romantika yang kau ada

    Maafkan aku
    maafkan aku kerana masih gagal untuk mencintai dirimu
    walau aku tahu engkau sangat-sangat mencintai diriku
    kau sanggup berbuat apa saja untuk aku rasa bahagia
    di dalam hatiku ini masih keluar ada satu cahaya
    yang sentiasa tidak boleh hilang rasa manisnya
    perasaan cintaku masih terikat pada si dia

    Dia kekasih pertamaku
    sebutir cahaya cinta jauh didalam sudut hatiku
    kerana dia maafkan aku
    aku tak sanggup memaksa diriku untuk mencintai dirimu
    buat apa kau cuba lagi
    jika jasad ini hanya engkau boleh miliki
    tapi hati ini dimiliki orang lain..
    kau sayang diriku tanpa cintaku
    bolehkah engkau hidup dengan itu..

    Ayat Kedua


    Ingin kuberitahu kepadamu
    bahawa cinta tidak semestinya bersatu
    …itu kata ibuku.

    Cinta itu berpaksi luhur
     murni dan suci
    yang lahir dari lubuk hati
    dan saling ingin memiliki
    bukan cinta namanya
    jika berpacu serakah
    dan berpaksi nafsu.

    Andainya cinta tidak menuju destinasi
    ketahui olehmu
    bahawa cinta suci nan abadi
    adalah cinta kepada Ilahi

    Ayat Ketiga


    Buatlah apa yang awak nak buat selagi belum terdetik di hati kata benci dan meluat..Ingat, hati wanita akan menyayangi orang yang dia sayang sepenuh hati, tapi sekali hatinya terluka dan berdarah parah, jangan kau harap aku akan berpaling...

    Ayat Keempat

    Bercambah subur di padang perasaan
    Mekar harum dalam jambangan
    Terpagar rapi oleh hukum larangan

    Walau ia masih kembang di situ

    Ia bukannya milikku
    Padahal aku pernah bertamu
    Tapi hanya sekadar musafir lalu
    Datang dan pergi bila cukup waktu
    Dan akan terus begitu
    Kerana aku
    Tidak mampu
    Untuk memikul tanggungjawab itu. 


    Kadang-kadang dalam hidup, kamu perlu MEMINTA MAAF pada seseorang.
    Bukan kerana kamu salah, tetapi kerana kamu TAKUT KEHILANGAN dia..

    *Awak..saya mintak maaf..♥


    Monday, 7 May 2012

    Pesanan kepada kaum lelaki

    To MR Right yang nak tackle gadis yang saya minat.. Miss Q

    1. Bila dia stress jangan kacau, jangan tenangkan dia. Contoh kalau dia stress dia akan balas mesej pendek-pendek masa tu kamu kena stop conversation. Tunggu dia start mesej kamu, masa tu kacau lah dia. :D
    2. Bila dia merajuk jangan pujuk, biar je dia merajuk sorang-sorang. Lepas dia dah tenang pergilah cakap dengan dia elok-elok.
    3. Bila dia balas mesej pendek-pendek, contohnya k, ok.. Kamu bersabar je, cuba balas panjang-panjang. Tak baik berdendam :D
    4. Jangan luahkan perasaan dekat dia, sebab kalau kamu luahkan perasaan dekat dia, dia takkan balas balik. Just cakap je saya suka berkawan dengan kamu. Jangan cakap i love u, i like u.. Apa hak kamu nak cakap macam tu? Dia isteri kamu? damn U
    5. Bila dia minta tolong, jangan tolong lebih-lebih. Sebab tu akan buat dia rimas, kalau kamu terlebih-lebih jugak tengoklah perang dunia ke 2 akan meletus.
    6. Jangan konkong dia..
    7. Jangan paksa dia...
    8. Jangan marah dia..
    9. Please... Saya memang telah kecewakan dia, tapi tak bermakna saya tak sayang dia. Saya amat sayang kat dia, jika kamu ada lelaki yang boleh buat dia bahagia, pergilah dekat dia. Jagalah dia elok-elok. Janganlah rosakkan dia.. 
    10. Sebab-sebab saya suka dia

    Sunday, 6 May 2012

    Pagi yang dingin.. Aku tak tido lagi

    Which one should i choose? I choose to stay


    Assalammualaikum...

    Saya tau yang saya ni banyak minta maaf dengan awak. Tapi tak mungkin satu hari nanti saya mungkin akan  lalukan benda yang sama jugak, sebab sebenarnya kita berbeza. Saya lelaki dan awak perempuan. Saya ada sedikit minat dekat awak, dan awak tak sebaliknya. Saya tak kisah tu, sebenarnya walaupun kita tak mungkin akan jadi kekasih pun saya nak lah kita jadi kawan selama-lamanya.

    Sebenarnya susah saya nak minta maaf ni, tapi entahlah.. Sejak kecil lagi saya suka je minta maaf dengan sesiapa yang saya buat silap, tak kiralah sama ada saya ada buat silap atau dia buat silap saya suka je start minta maaf dengan orang tu, sebab saya tak mahu kehilangan atau dibenci oleh orang tu. Kenapa sebab bagi saya kita umat islam adalah bersaudara, tak elok lah kan bermasam muka. Memang tak boleh dinafikan yang kita ada perasaan, tapi bila kita letak perasaan tu bawah sekali dan letak perkataan maaf diatas sekali, kita akan adalah sebaik-baik kejadian tuhan, biarlah kalau kita tidak buat silap pun. Sedangkan nabi ampunkan umatnya, apatah lagi kita yang tak seberapa ni.

    Kenapa saya jadi macam tu pada malam tu? Sebab saya dah anggap awak sebagai tanggungjawab saya, tanggungjawab saya untuk menolong awak agar laptop awak kembali ok. Bila awak minta tolong dengan saya, saya suka jika saya boleh bantu awak dan saya nak tolong awak hingga siap kerja tu. Saya bukan cemburu atau kongkong awak nak minta tolong dengan siapa. Lagipun saya suka kalau awak minta tolong dengan saya dan bagilah saya tolong awak sehabis dan sebetulnya. Sebab saya ikhlas nak tolong awak. Duit atau belanja saya tak nak semua tu, tapi percayakanlah saya yang saya mampu tolong awak walaupun benda tu mustahil bagi saya sekalipun. Saya akan cuba tolong awak.

    Dulu awak pernah cakap yang jangan sayang awak sangat-sangat sebab satu hari nanti saya mungkin akan membenci awak sangat-sangat. Saya rasa perkara camtu tak kan berlaku, saya tak pernah pun bencikan awak sebab jika awak tolak cinta saya atau buat salah sekalipun saya akan terus maafkan awak agar saya tak tersimpan dalam hati saya atas perkara yang berlaku. Dengan itu, saya mampu nak tengok muka awak dan senyum dekat awak. :D

    Sebenarnya awak tau tak? Lepas awak tolak saya dulu atau lepas kita gaduh, saya pernah fikir ok mulai hari ni saya akan lupakan awak. Tak mahu dah mesej dengan awak, tak mahu dah chat dengan awak, nak unistall skype dan tak mahu dah kawan dengan awak. Tapi bila saya cuba nak buat camtu mesti tak jadi dan saya terfikir la, kenapa disebabkan ego dan perasaan saya saya patut buat camtu dekat awak. Last-last, saya cakap dekat diri saya "bersabarlah cuba lah berbaik lagi, awak kawan saya"..

    Biarlah kalau awak nak buang atau tak mahu lagi berkawan dengan saya. Tapi ingatlah, dalam fikiran saya awak dan saya sampai bila-bila kita kawan. Bila senang kita happy sama-sama, bila susah kenapa nak jauhkan diri dari masing-masing? kenapa tak cuba sattle masalah ni slow2.. kan? Saya berkawan dengan awak bukan sebab saya nak sesuatu dari awak, sebab saya nak berkawan dengan awak sebab saya suka sangat berkawan dengan awk. Adakah awak fikir camtu jugak? Kalau ya, saya sangat gembira kerana selama ni tuhan anugerahkan seorang kawan yang baik..


    Kalau awak maafkan saya, mesej lah saya ek? saya mengaku saya jelous, nak sangat bantu awak supaya laptop awak ok. Sebenarnya saya amat ambil berat pasal awak.

    Friday, 4 May 2012

    Cara Nak Check File Error




    1) Awak p start menu taip cmd dan klik kanan dan tekan run as administrator

    2) Awak taip sfc /scannow dan tekan enter

    tunggu brp2 minit dan result akan keluar

    Thursday, 3 May 2012

    What The Hell

    Sakit hati tau tak? Aku tanya berapa kali nak suruh aku baiki laptop tu? Sekurang-kurangnya cakaplah nak minta tolong dengan orang lain. Tak lah sakit hati ni. Ini bukan pasal hak, ini pasal orang yang sudi nak tolong.

    Aku tau lah dia ada ramai peminat dan ramai yang boleh bantu dia. Sekurang-kurangnya bagilah aku siapkan apa yang aku buat tu. Awak jugak yang cakap kan yang awak percayakan saya. Tapi kenapa awak tak percayakan yang saya leh baiki laptop awak tu!

    Camni ke kawan. Awak nak ke yang saya anggap awak perempuan yang minta tolong dengan ramai orang?


    Windows Explorer stop working

    I recently started getting these message errors about 3 or 4 days ago. When I try to open my personal folders and other WINDOWS related folders, I recieve this:


    Window #1:
    Windows Explorer has stopped working.
    Windows is searching for a solution.
    Option: Cancel box
    Window #2:
    Windows Explorer is restarting.
    Option: Cancel box

    Solution 1

    I "chatted" with two HP representatives and they suggested that I had viruses and that the viruses were the cause of the problem. One of them made me try "MalWareBytes". The other suggested that I use "SUPERspyware". Both services found viruses/spyware and hopefully, they are gone. I currently am using Verizon Internet Security Suite and do not plan on getting rid of it. All I want to know is how do I fix this issue? I do not want to pay to fix this because I am a full time college student and fall semester is in a few days.  I am running on Windows Vista Home Premium and have a HP Pavilion a6519fh PC (Intel Premium Dual-Core Desktop Processor E2180 ). 

    Solution 2


    Try using System File Checker to scan your OS for missing/corrupt files, complete these steps:
    1. Click Start, and then type cmd in the Start Search box.
    2. In the results area, right-click cmd.exe, and then click Run as administrator. You will be prompted to type the password for an administrator account. Click Continue if you are the administrator or type the administrator password. Then, click Continue.
    3. At the command prompt, type Sfc /scannow, and then press ENTER.

      The scan may take some time, so be patient. Windows will repair any corrupted or missing files that it finds. If information from the installation CD is needed to repair the problem, you may be prompted to insert your Windows Vista CD.
    Solution 3


    Hello people, seems like some fellas out there are still having trouble with this random crashes. I have the same problem except that it occurs whenever I access my multimedia archive on my network storage. It would seem that there's a bug or something with windows that causes this problem when you access a media storage folder like mine, especially when the file size is extremely large(I archive all my movie discs there for convenience and streaming =), about 1TB of data). Windows try to generate the thumbnail images for your files and thus crashes explorer.

    I've solved this by going to My Computer > click on "Organize" tab (top left) > folder and search options > view tab. Check "Always show icons, never thumbnails" option and uncheck "Display file icon on thumbnails". This stops windows from generating the images and solved the problem for me. Less visually flashy yes, but at least no need for a wipe and restart =).







    Solution 4

    In my case I did following steps to resolve this nasty issue; definitely is a virus infection.

     - Restarted the computer
     - Pressed F8 AT binging of start-up
     - Selected & pressed ENTER "disable automatic restart on system failure"
     - Started windows normally
     - Used IObit Security 360 for scanning.
     - Found following 2 threats
    Trojan.Win32/BHO - Registry Key, HKEY_CLASSES_ROOT\URLSearchHook.ToolbarURLSearchHook, 4-19464
    Trojan.Win32/BHO - Registry Key, HKEY_CLASSES_ROOT\URLSearchHook.ToolbarURLSearchHook.1, 4-19464
     - Removed these infections.............. and that's ALL

    at the end don't forget to "enable automatic restart on system failure" via pressing F8 after restart.

    Same is workable with the issue to "windows explorer stop working & restart again and again".
    Solution 5

    In IE go to  Tools--->Internet Options---->Advanced Tab
    !!Tik Off!! – Enable third-party browser extensions*
    It worked for me !

    Solution 6****

    I am a System's Admin/Programmer Analyst that works for a local manufacturing company.  One of the workers brought his laptop in and asked if I could figure out the problem after he had tried to take it to several other people that couldn't help him.  I said sure.  Eventually I did, so I will try to explain in simple terms what I did.
    If you are stuck in this "Windows Has Stopped Working" loop, it is an infected file that is causing it.   No virus removal software that I tested will eliminate this corrupted file.
    As a side note, I used:
    Malawarebytes, Avast, Eset Online Scanner, and Advanced System Care-----All to no avail.
    ---------------------------
    However, there is a fix.  
    ---------------------------
    1) Boot to Safe Mode by pressing F8 when you restart your computer.
    2) When windows loads, Press CTRL ALT DEL.
    3) Choose to run Task Manager.
    4) Under the Applications Tab, select "New Task".
    5) Type "cmd" and click "OK"
    --This will open the command window.  What we will do next is try to delete the infected file that is sitting on your desktop.   However, first we will switch to the desktop directory by doing the following (note replace your user login name --- the one that you use for your windows login where I put YOURUSER below:
    6) cd c:\Users\YOURUSER\Desktop
    --Note, if you want to view the users on your system, while in the c:\Users\ directory you can type the "dir" command. That will list them for you.
    7) Once you are in the Desktop directory, use the command "dir" to list the files and folders that exist on your desktop.
    8) Look for suspicious file names, maybe one that you downloaded right before the trouble started happening.  You will delete files one at a time until the "Windows Stopped Working Error" goes away.
    9) Type the following command to delete a file:  del filename  
    10) If the file name has spaces in it, use the command:   del "file name"
    11) Once the problem appears solved, restart windows and give yourself a pat on the back.
    PS:  Don't go crazy with the delete command. Look for obvious names that are suspicious and delete them.

    Komen Saya : Paling berkesan sekali solution 6..


    Monday, 30 April 2012

    Kerja itu amanah

    Assalamualaikum,

    Terus terang aku marah kalau orang duk hina polis. Serius aku marah..!!

    Cuba bayangkan kalau parent korang kena hina, korang marah tak? Cuba bayangkan kalau parent korang kena hina makan rasuah, ganas dan  ikut kata kerajaan. Korang marah tak?

    Polis sebenarnya diorang buat kerja ni ikut arahan pihak atasan, jadi contohnya diorang kena halang  rakyat daripada buat keganasan. Takkan diorang tak nak halang? Nak diorang kena buang kerja?, jadi bila diorang dah kena buang kerja, siapa yang nak bagi anak polis ni makan? Bayar duit yuran sekolah? Kamu ke? Jangan haraplah... Bila kamu kena saman sebab tak patuhi peraturan lalu lintas, kamu terus minta maaf dengan polis supaya jangan saman. Nasiblah.. Siapa suruh tidak ikut peraturan. Cuba bayangkan kalau polis tangkap pencuri yang menyamun dalam rumah kamu, lepas tu pencuri tu minta maaf supaya tidak kena masukkan dalam penjara.  Patut ke pencuri tu diberi peluang supaya dilepaskan? Tak kan. Jadi macam tu jugaklah dengan situasi kena saman. Bayar je la saman tu. Banyak songeh. Siapa suruh tak patuhi undang-undang jalan raya.

    Yang suka duk hina polis tu, bila kamu dalam kesusahan. Contohnya motosikal kamu hilang ke? beg kena curi ke? kena pukul ke? Korang pergi report dekat siapa? Tok penghulu? Tok lebai? Polis jugak kan? Jadi tak yah lah duk hina polis, sebab tanpa polis pasti malaysia ni tidak aman. Last-last kamu akan cari polis jugak.

    Siapa yang berani duk kutuk-kutuk polis depan aku. Sumpah aku akan balas balik hingga dia menangis. Trylah..!! Dont dare u hina my father job!!!!! Aku paling tak suka kalau orang duk kutuk orang yang paling aku sayang, kalau kutuk aku takpe lagi.



    haaahh...biar jdi mcm singapore,byk ank mlayu yg lelaki brtatu,brtindik..smpai azan pun xbleh nk dgr...tmpat mksiat ada khas punyee..tu ke yg korang nk sgt...polis jaga kselamatan ngara,yg bangang wat kacau tu nape..bila kena rompak,ada jenayah...korang panggil sape..tok pnghulu ke,jiran sblh...anak hilang kena culik korang panggil sape..(tlglh tok carikn ank saya,tok rmh saya kena rompak..tlglh tok)sdarlh diri ckit.

    Sunday, 29 April 2012

    Kenapa Kita Ditemukan?

    Assalamualaikum w.b.t,

    Sesungguhnya perkara yang berlaku mesti ada hikmah disebaliknya, kadang-kadang kita tak tahu kenapa kita ditemukan dan kenapa kita dipisahkan. Adakah ini realiti kehidupan atau ada makna disebalik pertemuan dan perpisahan ini?

    Saya mulakan dengan saya kenali awak dengan pandangan kali pertama, disitu allah telah memberi saya pertunjuk untuk mengenali awak dengan lebih dekat. Dari situ kita mula kenal,chat dan tahu lebih rapat apa kekurangan dan kelebihan yang ada pada diri masing-masing. Disebabkan satu perkara, awak dan saya cuba nak jauhkan diri masing-masing.

    Memang tak dinafikan dalam hati saya ada cinta, dalam hati saya ada awak. Benda ni berlaku sejak pertama kali saya kenal awak lagi. Selepas hari kita gaduh besar dulu, saya pernah cuba nak lupakan awak, cuba tak ganggu awak dan cuba tak contact awak. Tapi saya tak pernah berniat untuk nak buang nombor telefon ,skype dan facebook awak sebab saya tahu satu hari nanti mesti saya akan cari awak balik.

    Adakah kita patut putus kawan, buat tak kenal satu sama lain dan tak bercakap? sebab awak cakap yang awak tak ambil boyfriend/suami dalam kalangan kawan. Jika kita ada jodoh dan dalam hati saya ada cinta awak lagi, saya terus masuk pinang awak satu hari nanti? Insyaallah saya akan cuba belajar sungguh-sungguh, cari kerja yang terbaik supaya anak dan isteri saya ada tempat berteduh dan makan minum yang cukup.


    Saya akhiri dengan lirip lagu ni..


    "Set Fire To The Rain"


    I let it fall, my heart,
    And as it fell you rose to claim it
    It was dark and I was over
    Until you kissed my lips and you saved me

    My hands, they're strong
    But my knees were far too weak,
    To stand in your arms
    Without falling to your feet

    But there's a side to you
    That I never knew, never knew.
    All the things you'd say
    They were never true, never true,
    And the games you play
    You would always win, always win.

    [Chorus:]
    But I set fire to the rain,
    Watched it pour as I touched your face,
    Well, it burned while I cried
    'Cause I heard it screaming out your name, your name!

    When I lay with you
    I could stay there
    Close my eyes
    Feel you here forever
    You and me together
    Nothing is better

    'Cause there's a side to you
    That I never knew, never knew,
    All the things you'd say,
    They were never true, never true,
    And the games you play
    You would always win, always win.

    [Chorus:]
    But I set fire to the rain,
    Watched it pour as I touched your face,
    Well, it burned while I cried
    'Cause I heard it screaming out your name, your name!

    I set fire to the rain
    And I threw us into the flames
    Where it felt something die
    'Cause I knew that that was the last time, the last time!

    Sometimes I wake up by the door,
    That heart you caught must be waiting for you
    Even now when we're already over
    I can't help myself from looking for you.

    [Chorus:]
    I set fire to the rain,
    Watched it pour as I touched your face,
    Well, it burned while I cried
    'Cause I heard it screaming out your name, your name

    I set fire to the rain,
    And I threw us into the flames
    Where it felt something die
    'Cause I knew that that was the last time, the last time, ohhhh!

    Oh noooo
    Let it burn, oh
    Let it burn
    Let it burn



    P/S : Kenapa aku minat lagu ni? Sebab suara penyanyi ni merdu dan lirik lagunya yang boleh menaikkan semangat. Selain itu, penyanyi ni menjadi idola semua perempuan di dunia dan dia tak pernah malu bila dikritik sedikit chubby. Dipetik dari sebuah artikel di internet. 

    Tuesday, 24 April 2012

    Kalau saya jadi DJ, pasti saya selalu sebut nama awak kat radio
    Kalau saya jadi CIKGU, pasti saya akan ajar awak makna cinta
    Kalau saya jadi DOKTOR, pasti saya selalu merawat awak 
    Kalau saya jadi PENYANYI, pasti saya nyanyikan lagu untuk... awak setiap hari
    Kalau saya jadi LAWYER, pasti saya selalu membela awak

    Kalau saya jadi TINGGALKAN awak, saya akan suruh awak cari pengganti lain, sebab saya sayang awak dan saya tak nak awak merana kerana saya

    ♥ INILAH ERTI PENGORBANAN CINTA ♥

    Saturday, 21 April 2012

    Haru Biru


    Mengapa pemilik blog ni banyak post pasal anti couple sedangkan pemilik blog ni hendak couple dengan seorang perempuan yang dia minat?


    Mungkin pemilik blog ni sedang cuba untuk melupakan gadis tu. Jadi dengan post-post yang berkaitan dakwah dapat menjadikan pemilik blog ni lupa tentang gadis yang dia minat. Mungkin pemilik blog ni masih lagi samar-samar tentang perasaan cinta terhadap perempuan tu. Pemilik blog ni tak kisah tentang risiko yang dia hadapi semasa nak ejas perempuan yang dia minat. Yang pemilik blog ni bimbang dia dah tak nak sakiti perempuan tu lagi. Pemilik blog ni hanyalah seorang lelaki biasa yang lemah dengan perempuan yang dia minat. Bagilah masa dekat pemilik blog ni untuk melupakan perempuan tu dan berdoalah agar pemilik blog ni berjaya dalam mengejar impian dan cita-cita yang pemilik blog ni hendak kecapi.

    Wassalam...

    Friday, 20 April 2012

    Surat untuk awak

    Assalamualaikum w.b.t

    Buat Qurratu Aini,

        Terima kasih kerana sudi bagi pinjam buku ain. Kalau ain ada apa nak minta tolong dari saya, ain cakaplah ya? Saya pasti akan tolong ain.

       Tujuan saya buat surat ni kerana saya nak minta maaf sebab saya banyak sangat ganggu ain. Sebab saya suka ganggu ain kerana saya suka kejar gadis yang saya minat. Jadi saya nak minta maaf banyak-banyak. Saya pun nak minta maaf kerana saya tak mampu nak sabar hingga grad tu, macam yang ain cakaplah, saya pun bukan malaikat jugak. Saya tak sempurna, saya tak mampu nak mengawal perasaan suka saya terhadap ain.

       Saya tidak pernah menyesal kenal ain. Saya tahu ain ni jenis yang tak melayan orang, cepat naik baran dan garang. Tapi saya tak kisah pun semua tu, biasalah setiap orang ada kelamahan yang tersendiri termasuk saya jugak. Saya ni pemalu,pendiam dan cakap slow-slow.  Ain seorang yang baik, cepat maafkan orang dan bertanggung jawab dalam buat tugasan berkumpulan. Secara jujurnya saya suka satu lab dengan ain. Dulu ain cakap yang ain tak ambil boyfriend dalam kalangan kawan kan? Tapi bagi saya makin lama saya kenal ain, makin bertambah suka saya dekat ain.

        Dulu ain ada cakap kan kalau saya kapel dengan kawan baik ain sendiri pun ain takkan bukak rahsia apa-apa. Benda tu takkan berlaku dan saya takkan buat macam tu, saya takkan sakiti hati ain. Kalau saya jatuh cinta dengan kawan baik ain pun saya takkan kapel dengan dia. Saya harap benda tu takkan berlaku kerana saya nak cintakan ain sorang je. Ain tertanya-tanya kenapa saya berusaha keras untuk mengambil hati ain kan? Sebab inilah diri saya, kalau saya tak berusaha keras macam mana saya nak dapatkan orang yang benar-benar boleh buat saya bahagia. Saya bahagia bila tengok ain atau berada dekat-dekat dengan ain. Saya tak kan putus asa terhadap ain. Saya harap satu hari nanti ain boleh terima saya menjadi boyfriend ain dan last sekali menjadi isteri saya.

         Ain cakap yang ain berasa kekok kalau ain anggap saya lebih dari kawan. Saya pun berasa kekok jugak, saya rasa biasalah tu. Kalau kita banyak cakap depan-depan, insyaallah lama-lama ain takkan kekok. Lagipun saya tak pernah tipu ain, semasa deal dulu pun saya tak ada niat nak keluar dengan perempuan lain. Saya fikir ain sorang je kalau ain nak tau.     

        Akhir kata sesiapa pun lelaki pilihan ain, saya akan doakan ain bahagia dengan dia. Saya sebenarnya nak tengok ain gembira dan bahagia tak kiralah apa sahaja yang ain buat dan pilih. Saya harap ain janganlah segan dan cuba mengelak dari saya. Saya akan doakan ain berjaya dalam apa sahaja yang ain lakukan.

    Wassalam..

                                                                                                                                                MR H
                                                                                                                                               -Hafiyfiy Irfan-

    Thursday, 19 April 2012

    Mengapa Selalu Fikir Tentang Cinta dan Hati?



    Hati dan perasaan cinta merupakan satu fitrah insaniah tidak kira sesiapapun. Manusia perlukan cinta dan memerlukan kasih sayang. Perasaan untuk mencintai kepada lawan jantina memang tidak dinafikan, ia merupakan sesuatu yang perlu bagi setiap manusia.
    Tapi, mengapa kita terlalu sibuk memikirkannya?
    Adakala setiap masa dan waktu kita fikirkannya,
    Sampai satu tahap, jika sentiasa memikirkan hal ini, kita pasti akan terjebak dalam “couple”.Bukankah couple itu sebuah jalan yang penuh dengan liku-liku yang salah?
    Jika anda masih belum mampu, jangan sekali bermain dengan perasaan. Ia tidak akan membawa kemana-mana. Perjalanan masih terbentang jauh.

    Jodoh?
    Bukankah Jodoh itu telah ditetapkan oleh-Nya?
    Anda punyai misi untuk islam. Mengapa mudah goyah kepada perasaan dan cinta. Ramai yang mengatakan ”aku mahu berkahwin, bernikah” tetapi dimanakah persediaan kita? untuk menjadi isteri kepada seorang suami atau suami kepada seorang isteri?
    Ia bukanlah sebuah perkara yang mudah. Adakah ia hanya sebuah keseronokan? Untuk merealisasikan mimpi indah? Tidak. Ia satu tanggungjawab yang akan ditanya oleh Allah SWT suatu ketika nanti. Adakah kita telah melaksanakan tugas sebagai khalifah dengan sebaik-baiknya
    Mari Menjadi Hamba kepada pencipta
     Menjadi sebaik-baik hamba memerlukan pengorbanan bukan hanya pada kata-kata. Jika kita imbas kembali bagaimana sahabat-sahabat rasulullah yang sentiasa memperbaharui dan meningkatkan Iman mereka. Keyakinan mereka adalah di tahap yang tinggi. Mereka melihat syurga di hadapan mereka. Amal yang mereka lakukan adalah semaksimum yang mungkin.
    Bukan seperti kita? Mengimpikan syurga tetapi kita hanya bermimpi tanpa mempertingkatkan amal. Sedarlah! Hidup ini satu perjuangan. Jadi, berusahalah Untuk Menyihatkan IMAN!
    Jangan terlalu fikirkan cinta
    Cinta dan perasaan satu keperluan. Tetapi kita mesti pandai menguruskannya. Bercintalah tetapi melalui jalan-jalan yang Islam telah tunjukkan. Buat persediaan, dan lakukan ta’aruf  dan seterusnya. Islam itu dipenuhi cinta dan kasih sayang, tapi banyak cinta dan kasih sayang yang menyimpang dari islam kerana kita tidak menghayati Islam sepenuhnya.
    Jom sama-sama kita mencari cinta dan RedhaNya.
    Lihatlah cinta yang sebenar ini!
    Dari Abu Hurairah r.a katanya, Rasulullah s.a.w bersabda:
    “Sesungguhnya ALLAH TA’ALA berfirman pada Hari Kiamat kelak; mana orang-orang yang saling mencintai kerana keagungan-KU? Hari ini KU-naungi mereka, di mana tidak ada naungan yang lain selain naungan-KU.”