Monday, 26 March 2012

Open Balik

CEh CEh.. haha,  aku tak tau la plak blog ni boleh undelete balik.. X pela, aku open je la blog ni.. lagipun blog ni dah masuk entry yang ke 30. Kesian la plak nak delete.

Aku dah boleh terima hakikat yang dia tak akan wujud dalam hidup dalam hidup aku sampai bila-bila. Sampai bila-bila aku anggap dia kawan. Aku boleh terima aku kena reject, itu aku takde masalah. Yang aku takleh terima macam mana mrH tu boleh wujud tiba-tiba? aku rasa mrH tu wujud semasa aku dengan dia buat deal lepas grad lagi. Sebab itulah hati aku rasa was-was dengan dia dan cara dia layan aku. Bila aku tanya dia cakap dalam hati dia ada ex dia je, tapi dia tak cakap pun pasal mr H tu. Susah sangat ke nak terus terang, kalau awak nak tahu ego lelaki lebih tinggi dari perempuan, jadi tak perlulah nak ego-ego sangat.

MEMANGLAH itu privacy awak, tapi kalau awak cakap awal-awal pasal mrH tu mesti saya akan reject awak awal-awal. Entahlah rasa kena tipu pun ada. Saya ingatkan awak ni bidadari, tetapi rupanya hanyalah debu yang bertebangan.

Malas nak pikir-pikir, saya bukan hipokrit. Kalau saya ada perasaan dekat awak macam mana saya nak anggap segala yang saya bantu awak saya buat kerana allah? mestilah ada sedikit-dikit perasaan nak dapatkan cinta awak.

DAH La.. Letih dah..  Letih dah.. saya tak leh layan seperti mana saya layan awak dulu. saya tak boleh terima awak buat dekat saya macam ni,

Awak cakap sebab awak bagi deal dekat saya, awak nak suruh saya belajar elok-elok dan dapan result yang baik? please la.. kalau saya tak buat deal dengan awak pun, awak rasa saya tak akan dapat ke result yang baik? saya akan kecundang? dekat situ pun dah nampak awak tidak akan mampu menerima saya. Lagi satu, adakah awak tersalah fikir ke masa hadapan? awak nak cari bakal suami ke atau boyfriend?

Friday, 23 March 2012

saya tergamam

k la.. blog ni saya akan tutup pukul 12.. Saya tak boleh terima benda ni wak.. seriously tak boleh.. saya tak sangka awak balas dekat saya sampai macam ni sekali.

last wish, saya doakan awak bahagia dengan orang yang awak pilih..

saya rasa awak bahagia buat dekat saya macam ni.. mungkin inilah apa yang awak nak kan? nak tengok saya sedih..

lupakanlah saya dalam memori awak..

salam...

Adakah cinta memerlukan pengorbanan?

Assalamualaikum.. berat aku nak buat entry malam ni. Ini mungkin entry yang terakhir aku. Sekarang counter dalam blog ni 158. Entahlah, kadang-kadang counter blog ni meningkat dengan banyak, sedangkan blog ni saya dan awak je yang tau. Awak reload banyak kali ek blog saya? haha,  Hati rasa sebak.. Rasanya saya dah cakap dulu kan? Kalau awak dah ada boyfriend atau awak dah ada orang yang awak suka saya akan tutup blog ni, melainkan awak tak ada orang yang awak minat dan boyfriend saya akan teruskan blog ni hingga ke grad. Saya tak tahu lagi sape mr H awak tu, saya harap awak boleh terangkan dekat saya. Lagipun dulu saya dah cakap dekat awak, terus terang dekat saya jika awak dah minat dekat seseorang, atau awak dah couple. Boleh kan? Itu je yang saya minta. Insyaallah, kalau awak dah ada orang yang minat, saya janji akan lupakan awak.

Saya pun tau setakat mana saya patut berhenti berusaha cintakan seseorang tu. Sebab saya tidak give up untuk cintakan awak adalah kerana saya pasti dengan cinta yang saya ada ni, saya boleh bahagiakan awak. Saya tahu awak tak pernah bahagia dengan saya, tapi saya taknak mengaku kalah. Saya tetap nak cuba jugak.Walaupun kadang-kadang apa yang saya cuba tu saya terlebih-lebih, tapi saya memang nak berusaha dekat awak. Please ek awak? terus terang dengan saya, siapa mr H awak tu. Saya tunggu tu je.. Tu je yang saya minta, boleh kan? Tapi apa yang awak cakap, tolonglah jangan tipu saya ek? sebab saya tidak pernah tipu awak, saya jujur dengan awak selama ni dan saya tak kan memaafkan orang yang menipu saya.


Ask me why I keep on loving you when it's clear that you don't feel the same way for me... the problem is that as much as I can't force you to love me, I can't force myself to stop loving you. 

"Saya berhenti mencintai awak bukan bermakna saya sudah berputus asa, tetapi segala yang buat saya tak mampu nak buat awak mencintai saya"


TRANSPLANT HEART VERSION 2




Sebelum apa pun, aku nak habiskan sambungan entry transplant heart tu. Ok la, lepas mak aku meninggal. Aku hidup 2 orang je dengan abah aku. Dengan berbekalkan result upsr yang tidak seberapa, aku dapatlah masuk ke sekolah menengah kawalan, sekolah ni boleh dikatakan femous di kota bharu. Masa tingkatan 1 aku tinggallah di sekolah berasrama penuh, masa tu aku belajar hidup berdikari. Basuh kasut sendiri, belajar berjimat dan kenal apa itu makna kehidupan junior dan senior. Masa aku tingkatan 1 aku tidak pernah kena buli dengan geng-geng roomate lain, sebab aku rapat dengan geng-geng senior form4 dan form5 jadi diorang takut nak kacau aku. Tapi yang menyedihkan result peperiksaan aku teruk sebab masa prep aku tak study aku kacau orang je. Sekolah aku sekolah elit, dalam sekolah tu semua pelajar lelaki, tak ada perempuan. Jadi kacau laki. Pergi lepak dekat surau, masuk bilik masa waktu prep dan lompat pagar pergi beli makanan dekat kedai luar.

Masuk tingkatan 2, aku tinggal dekat rumah. Aku tak jadi tinggal di hostel, sebab aku rasa dekat rumah aku boleh study dengan tenang lagi. Masa dekat rumah kemas rumah, basuh baju tu memang aku buatlah, takkanlah semua abah aku nak buat kan? Aku kenalah jugak bantu abah aku. Memasak tu boleh la sedikit, nasi goreng, mee goreng dan tumis-tumis ayam, tu bolehlah aku buat. Kami tinggal berdua hinggalah aku masuk form 4.

Masa aku tingkatan 4, aku fikirlah bila aku masuk U nanti takkanlah abah aku nak hidup sorang-sorang, siapa nak jaga makan minum dan sakit deman dia. So, masa kami tengah tengok berita dekat tv sama-sama aku pun cakaplah dekat abah aku. "Abah, kalau abah nak kahwin, abah kahwin lah afy bagi je". Then abah aku senyum je. Abah aku jenis yang pemalu sedikit, entahlah lagi malu dari aku kot. Jadi payahlah kalau nak suruh abah aku cari sendiri teman hidup dia tu. Lepastu aku pun bincanglah dengan mak saudara aku, satu hari. Mak saudara aku jumpa calon yang sesuai calon tu ialah ketua nurse dekat Hospital Kuala Lumpur, first-first mereka berkenalan melalui surat, lepastu handphone, keluar bersama dan 3 bulan lepastu mereka kahwin. Tapi mak tiri aku ni nice la, dia selalu nasihat aku pasal belajar, dia call dan message ex first aku suruh jangan kacau aku lagi dan banyak belanja aku.

Sampai sekarang, kami hidup bahagia. Aku dapat adik baru nama Nur Aimi Damia Qazrina binti NaZri.. Adik aku comel dan suka sangat kacau aku tidur, pagi-pagi mesti kejut aku bangun "abang epi bangun-bangun!" haha, so cute. Adik aku ni sangat suka makan coklat dan jelly, benda ni aku selalu beli dekat dia bila aku pergi supermaket. Sebelum dia makan benda manis aku selalu pesan dekat dia lepas makan kena berus gigi, dan dia ikut apa yang aku cakap. Gigi dia ok la dari sekarang, tambah-tambah plak mak aku selalu buat check up dia punya gigi selepas mandi. Birthday adik aku 1 april. Aku berhajat tahun ni nak bagi dekat dia bear besar, entahlah anak patung barbie pun ok gak. Dia suka bear macam awak, tapi awak tak mahu jika saya beli bear dekat awak. Haha, :D

Wei abe pipi ni, nok gocoh dengan mia ko?


Coklat yang dia suka

bear bear bear



OK la, saya rasa pasal transplant heart tu dah terjawab kan? Kenapa blog ni dibuat sebab saya nak luahkan apa yang saya rasa dekat awak, saya nak kongsi apa yang saya lalui dan serba sedikit mengenai kisah silam saya. Saya nak awak kenal saya dulu, sebelum hubungan kita pergi lebih jauh dan saya tak mahu nanti bila kita kapel awak menyesal memilih saya DAN akhirnya kita putus, bukan itu yang saya nak. Tapi kalau awak dah ada orang lain atau dah minat dekat orang lain, blog ni memang dah tak ada makna. Sebab heroin dalam blog ni ialah awak. Selain tu, blog ini juga dibuat kerana saya tahu awak cepat marah kalau kita selalu chat. Saya nak dekat awak, saya tak mahu kehilangan awak. Jadi bila saya buat blog ni ia seperti saya tengah berchat dengan awak. Kalau awak nak tahu inilah first time saya buat blog. Entry blog ni dah nak mencapai entry yang ke 30. Setiap hari saya update blog ni.

Jadi awak terus teranglah ek dengan saya pasal mr H awak tu ek? lagi awak tak terus terang lagi merana saya. Jangan malu-malu sebab rahsia awak satu pun saya tak pernah bocor dekat sesiapa, saya pegang semua rahsia awak. Awak jangan marah dekat isi kandungan blog ni sebab awak setuju dengan apa pun kandungan blog ni dulu. Saya tak menyesal kenal awak, sebab awak banyak mengajar saya erti cinta yang sebenar, ajar mengenai menahan cinta dan ajar mengenai erti sebenar cinta tepuk sebelah tangan. HEHE, saya tak marah pun. dah nasib saya. Jangan gunakan alasan kita tidak boleh bersama kerana kita kita ni kawan, saya jatuh cinta dekat awak sebelum kita menjadi kawan lagi. Cinta pandang pertama waktu awak makan nasi lemak. :D. Saya tak boleh tengok awak bahagia dengan orang lain, di mana pada masa tu saya masih lagi cintakan awak. Saya tau awak tak pernah minat dekat saya dan cintakan saya tapi adakah salah atau satu dosa jika saya minat dan cintakan awak? adakah salah saya nak buat gembira dan bahagia? Biarlah saya yang pergi jauh dari awak. Kadang-kadang saya terfikir, adakah ada perempuan dekat luar sana yang mencintai saya seperti mana saya mencintai awak dan dia tak pernah give up pada saya? Emmm, entahlah..

oh my girl 
i cry-cry


you're my all
say goodbye..


oh my love
don't lie-lie


you're my heart
SAY GOODBYE..


Thursday, 22 March 2012

H dan Z


HhhHHhh..

Saya rasa awak tahu H tu adalah awalan nama saya. Hari tu awak cakap awak minat kat seseorang dan nama budak lelaki tu bermula dengan H . Benda tu sebenarnya menggangu saya. Haha, saya duk fikir sape laki yang namanya bermula dengan H. Fikir duk fikir last-last saya tak jumpa. Kenapa benda ni menganggu saya? Sebab.. saya rasa awak tahu kenapa

Tapi kan wak

Kan best kalau laki yang awak minat tu saya. Awak cakap awak dah ada boyfriend di dalam hati kan? Kalau camtu saya pun camtu jugak, saya pun dah ada girlfriend di dalam hati saya, girlfriend yang ada di dalam hati saya tu ialah awak. Yang bezanya, awak tak cakap yang awak minat dekat dia tapi saya, saya cakap yang saya minat dekat awak.    



Sape ni Z? jeng222... haha, kenapa tak Q kan? biarlah saya sorang je tau. haha..

Tak adalah.. Z ni sebenarnya macam ni lah cara saya tulis nama ayah saya. Awak pun tulis macam ni jugak kan? haha, saya dah lama perasan.. Saya tak taulah awak perasan ke tak. Awak perasan ke tak?





Bangun Awal

Ni gambar time matrik, sebelah tu cikgu matrik aku. En.Hazrul. Dia Cikgu math yang paling aku respect


Haha, ni first time aku bersiap-siap awal nak pergi kelas. Aku dah tahu dah kelas hari ni start pukul 9, tapi yang 2 orang housemate aku lagi tak tahu kot. Aku buat senyap-senyap jer, then bila diorang dah siap pakai baju, aku pun cakap dengan diorang "wes bukan arini kelas pukul 9 ek?" diorang pun blurrr... "er ya kot". haha,

Dulu masa time aku sekolah menengah selalu je bangun pagi sebelum subuh, lbih kurang pukul 4 atau 5 pagi semata-mata nak study. Tapi sekarang jangan harap aku nak buat camtu. Haha..

Ok lah, bagus gak aku bangun pagi-pagi ni bolehlah aku bersihkan dewan kuliah, cuci tingkap dan buang sarang labah-labah dekat sana.

AWAK BANGUN..!!! dah la tido tu miss Q. haha, ok bye2.. aku harap aku faham apa yang aku belajar hari ni kat kelas.. Amin...

DOnt Sad MY princess

Saya update entry ni, saya baru je siap download citer bicara hati tu. Lama gak download, tapi takpe sebab cerita tu best. Bila saya tengah download cerita, biasanya saya akan off skype dan website.

Awak post awak sedih kat facebook, nape wak?
Mr H tu wat pasal?

Saya no komen la pasal tu, lagipun awak dah minat orang lain kan? Saya ingatkan Mr H tu saya. Tapi orang lain. Saya sebenarnya saya takut nak start mesej, skype dan chat dekat facebook dengan awak. Saya takut awak marah kalau saya start chat dengan awak, sebab tu la saya selalu online skype dan facebook. Saya nak tunggu awak start chat dengan saya dulu. Kalau awak tak start chat dengan saya, saya tak kan start dulu chat dengan awak.

Kalau awak marah pasal saya nak cerita vanilla coklat tu, sorry ek? Saya tak tahu nak download dekat mana cerita tu. Maaf ek kalau saya nak ajak awak jumpa minta cerita tu. Tak pelah, kira saya bagi dekat awak cerita  bicara hati, kita tukar-tukar. ok? hehe

Kalau awak rasa awak boleh bahagia dengan mr H tu, saya doakan awak bahagia. Tapi kalau awak pilih saya, mr H saya, saya janji akan jaga awak betul-betul.

Saya harap satu hari nanti, entahlah. bila awak baca blog saya ni, saya harap awak boleh explain dekat saya pasal mr H tu. Boleh kan? Lagipun dulu awak pernah cakap, kalau awak dah ada orang yang awak minat, awak akan cakap kan?

Wednesday, 21 March 2012

saya romentik?


Selamat malam awak, saya rasa awak dah tido kot. Skype dan fb chat offline je, ok la tu. Esok kelas pukul 8 kan? 

Dekat sini saya nak cakap pasal lelaki romentik. Saya ni tak lah romentik sangat, tapi saya rasa romentik tu ada la kot sedikit-dikit dalam dna saya. Saya rasa tidak salah pun kalau nak beromentik asalkan jangan terlebih-lebih kan? Saya tahu setakat mana yang perlu romentik, lagipun saya tau awak cakap yang awak ni bukan berjiwa romentik. Saya takkan buat benda yang awak tak suka.

Ermm, tadi awak cakap awak tak suka. Saya harap awak janganlah cakap tak suka dekat saya, sedih saya mendengarnya. Untuk pengetahuan awak, saya suka sangat-sangat dekat awak. I want you to be Miss Hafify!! bukan miss H yang awak minat tu!! but miss Hafify!!! u know that? haha, gedebe skit. Awak cakap cinta awak ditolak, laki mana yang berani tolak cinta awak? Sedangkan saya kalau awak ajak saya bercinta, atau awak cakap awak cintakan saya. Saya akan terus terima awak. :D

Tuesday, 20 March 2012

Miss Q

Hehe, silap taip nama blog, dah tutup potoshop. yg betul, awakcakapcoolsokmo.blogspot.com


Assalamualaikum..

Hehe, dah pukul berapa ni. Aku tak tido-tido lagi, Ok malam ni aku nak cakap pasal Miss Q.

Tadi masa aku duk tengok news feed, tiba-tiba si dia update status.Dalam dia punya status ada miss Q. Hati aku berdedar-debar masa tu, apa tu Miss Q? Adakah dia dah couple? Nama boyfriend dia start dengan Q?
Aku pun chat la ngan dia dekat facebook,rupa-rupanya Miss Q tu nama panggilan yang diberi oleh pensyarah dekat dalam kelas. Aku dalam hati, fuhh lega.. .Ada harapan lagi  untuk aku.. Aku harap dia akan jadi Miss H nanti atau saya nak jadi Mr Q awk, blh x?. :D .. Haha, 

Monday, 19 March 2012

Maafkan saya wak..



Sebenarnya saya tidak tahulah sama ada awak baca atau tidak blog saya ni. Tak apa lah, kalau awak baca maafkanlah saya sebab hari tu ek? Niat saya hari tu, saya nak bantu awak je. Saya tidak mengharapkan apa-apa pun, saya bukan nak suruh awak kata saya baik atau apa, saya hanya nak bantu awak je. Lagipun takkanlah saya nak tengok awak susah macam tu je, sebab tu saya tolong tu.

Situasi saya dan awak samalah macam ni, ok saya reka satu situasi, katakanlah kereta awak ada masalah dekat kuala krai, dan masa tu saya ada dekat kubang kerian. Awak pun cakaplah dekat saya yang kereta awak rosak, Saya pun pergilah dekat kuala krai nak tolong awak. Itu bukan bermaksud apa-apa, saya hanya nak bantu awak sedaya mana yang saya boleh.

Saya harap awak janganlah segan-segan ek nak minta tolong dengan saya. Selagi mana saya boleh bantu, saya akan bantu dan saya akan cuba terbaik untuk membantu awak.

Saya akhiri dengan ayat ni,

jika saya yang bertakhta di hati awak,sayangi saya sejujur hati awak..
jika saya yang awak rindui,simpan saya jauh dalam hati awak..
jika saya yang selalu menyakiti hati awak,maafkanlah saya kerana itu bukan niat saya..
jika saya antara orang yang awak tak mahu kenang lagi,ajar saya tuk memahami awak..
tapi jika di dalam hati awak takde diri saya,saya terima seadanya.. namun ketahuilah bahawa awak akan selalu dalam hati saya kerana saya amat bersyukur dapat mengenali awak..♥♥ 

Awak jadilah ni..

Wahai wanita solehah, ketahuilah bahawa :

Engkau memang cantik selagi kau menutup malu,
Engkau memang cantik selagi kau memelihara adab,
Engkau memang cantik selagi kau menjaga aurat,
Engkau memang cantik selagi kau menjaga batas,
Engkau memang cantik selagi kau waras berhias,
Engkau memang cantik selagi kau bersifat fitrah,
Engkau memang cantik selagi kau pantang menyerah,
Engkau memang cantik selagi kau terus bersolat,
Engkau memang cantik selagi kau lurus bertaubat,
Engkau memang cantik selagi kau jujur berilmu,
Engkau memang cantik selagi kau taat suami,
Engkau memang cantik selagi kau membaca Al-Qur’an,
Engkau memang cantik selagi kau beradab sopan,
Engkau memang cantik selagi kau kasih ibu bapa,
Engkau memang cantik selagi kau mendidik keluarga,
Engkau memang cantik selagi kau sabar & tenang,
Engkau memang cantik selagi kau tegakkan Islam,
Engkau memang cantik selagi kau mencegah kemungkaran,
Engkau memang cantik selagi kau berniatkan Tuhan,
Engkau memang cantik kerana kau seindah Islam!

Sunday, 18 March 2012

Bila aku fikirkan mu, aku dengar lagu ni


Menunggu sesuatu yang sangat menyebalkan bagiku
saat ku harus bersabar dan trus bersabar
menantikan kehadiran dirimu

entah sampai kapan aku harus menunggu
sesuatu yang sangat sulit tuk kujalani
hidup dalam kesendirian sepi tanpamu

kadang kuberpikir cari penggantimu
saat kau jauh disana
ooo…

walau raga kita terpisah jauh
namun hati kita selalu dekat
bila kau rindu pejamkan matamu
dan rasakan a a a aku
kekuatan cinta kita takkan pernah rapuh
terhapus ruang dan waktu
percayakan kesetiaan ini
akan tulus a a ai aishiteru

Gelisah sesaat saja tiada kabarmu kucuriga
entah penantianku takkan sia-sia
dan berikan satu jawaban pasti

entah sampai kapan aku harus bertahan
saat kau jauh disana rasa cemburu
merasuk kedalam pikiranku melayang
tak tentu arah tentang dirimu
"apakah sama yang kau rasakan" 


Lagu ni la yang aku selalu dengar, time aku stress, time aku study dan time aku ingatkan dia. Yang aku buat bold dan font warna biru tu aku tujukan khas bait-bait ni untuk dia. Dia tu siapa? awaklah, puteri intan belian.



I love u with all my heart or my leg?




Assalamualaiukum w.b.t,

Setiap orang mempunyai pendapat dan pandangan yang berbeza, tapi pendapat dan pandangan ini lah yang menjadikan siapa diri kita yang sebenarnya.

Aku sebenarnya dari dulu lagi duk fikirkan adakah kita patut mencintai seseorang itu sepenuh raga kita atau cintakan dia sedikit-dikit sahaja? Sebelum tu, kita fikir dulu. Kita tepuk dada kita dulu, adakah orang yang kita nak cintai tu berhak nak mendapatkan cinta kita sepenuhnya atau sedikit sahaja? Itu kita yang menentukannya. Bagi aku, kalau aku dah mencintai seseorang itu, aku akan mencintainya dengan sepenuh jiwa raga aku, walau aku tahu satu hari nanti aku akan terima apa akibatnya. " Berani untuk mencuba, kalau ianya gagal tidak bermakna kita kena berputus asa, itu bermakna kita tidak cuba terbaik dalam mencuba itu".

Kita kalau dah berani nak meluahkan perasaan dekat orang yang kita minat maka kita kena berani lah menghadapi risikonya. Memang tidak dapat dinafikan, kalau kita amat cintakan dan sayangkan dia dengan sepenuh jiwa raga kita, mungkin kita satu hari nanti kita akan sakit jika ditinggalkan atau dikhianati, tetapi itulah yang dipanggil kehidupan. Sesungguhnya setiap kejadian yang berlaku, ada hikmah disebaliknya.

Adakah ada cinta yang tidak akan pernah menyebabkan kita sakit? Cinta yang tidak menipu kita? Cinta yang setia dengan kita sampai bila-bila? Ya ada, iaitu cinta kepada Allah s.w.t, cinta kepada keluarga dan apabila cinta itu menjadi halal apabila kita diijabkabulkan dengan pasangan hidup kita. :D

Kad ATM

Hari ni aku nak citer pasal kad atm aku. Tak tau nak wat apa, bosan je. Main blog je la.

Semalam aku pergilah ambik duit dekat mesin atm tu, tiba-tiba bila aku nak keluarkan duit, dia terus keluar resit, dia tulis hardware failure. haha, dalam hati aku damn!! Lepastu disebabkan ketidak puas hatian terhadap mesin atm tu, aku pun terus balik rumah dan ambik roba. Roba tu apa? Roba tu sejenis biskut dalam bahasa kelantan. Aku pun roba lah banyak kali dekat cip kad atm tu, lepastu aku pun pergi balik dekat mesin atm tu, dan cuba lah lagi masukkan kad atm aku tu. FUHHHH, nasib baik jadi. Aku pun keluarkan sebanyak RM400 dekat mesin atm tu, kenapa aku keluarkan banyak? sebab takut kad atm rosak lagi. HAHA.. Nanti dekat kelate lah aku buat kad baru. Lagipun ni dah 4 kali kad atm aku rosak, ntah pape la pereka kad atm tu, nanti aku jadi engineer aku nak buat kad atm yang tak akan mudah rosak.

OK, citer sal dia.Ermmm, jap nak fikir

Saturday, 17 March 2012

Enset untuk dijual~



Handset untuk dijual..

Model : Nokia N73

Harga :  +RM100, boleh dirunding

Free Gift : Boleh dirunding

Friday, 16 March 2012

Im really-really



Sebelum nak pergi sembahyang jumaat ni, saya ingatkan nak post ni dulu. Saya takut awak fikir-fikirkan benda ni ke. Sebenarnya apa yang saya buat tu, lab report n semua benda tu sedikit pun tak susahkan saya. Memang betul apa yang awak cakap, apa yang saya buat ni sebab saya nak ringankan kerja awak. Ya memang saya mengaku, sebab setiap benda yang saya buat, saya fikirkan awak. Mungkin sebab saya betul-betul ambik berat pasal awak. Sebenarnya sedikit pun tak terlintas difikiran saya yang saya fikir awak ni nak buli saya. Lagipun, saya buat semua kerja tu sebab saya nak buat dan saya gembira jika saya dapat tolong awak :D

Thursday, 15 March 2012

‎...cinta bukanlah segala-galanya, tapi segala-galanya yang berlaku adalah kerana cinta...



Assalamualaikum.. semalam aku tak update blog ni sebab terlampau bizi dan penat. Haha, tak guna aku merungut dekat sini sebab nak jadi student yang berjaya bukanlah senang, bak kata pepatah berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian. Insyaallah kalau aku berterusan macam ni boleh score sems ni.

Semalam semasa aku tengah duk buat short note MEMS, tiba-tiba takdek elektrik. Bunyi bising satu kampung wai, Aku pun pergi lah dekat luar, geng-geng ni tengah pasang mercun. Apa lagi pergi join sekaki la. haha, aku ni kaki mercun. Kalau dekat rumah masa time hari raya, abah aku selalu buat balik mercun berkotak-kotak. Aku apa lagi, ambik mercun tu buat balik kampung dan terus main kat sana. haha, kadang-kadang aku jual jugak mercun tu dekat budak-budak kampung. Biasalah nak hidup, kenalah pandai kan.

Ok la, blog ni sebenarnya bukan nak citer pasal diri aku, tapi pasal "putera dan puteri intan permata". Putera tu aku la, aku ni biasa-biasa je. Just lelaki biasa. Kenapa aku panggil dia puteri intan permata? sebab bagi aku dia teramat istimewa. Kenapa intan permata? sebab intan permata ialah barang kemas yang sangat mahal, selalu duduk dalam kotak kaca di kedai-kedai barang kemas dan bukan sebarang orang yang mampu memiliki intan permata tu. Hanya orang yang mampu dan terpilih je yang mampu membeli dan dan memiliki intan permata tu. Aku harap aku lah orangnya, orang yang dapat memiliki puteri intan permata tu satu hari nanti. Seriously aku tak mahu kehilangan dia.

Emm, bercakap tentang perkara yang berlaku sehari dua ni. Entahlah, aku pun tak tahu nape aku jadi rajin sehari dua ni. Mungkin sebab semangat belajar aku datang kot, atau mungkin inikah yang dipanggil kekuatan  memcintai seseorang? Jika benar, jadikan kekuatan ini sebagai semangat bagi aku untuk belajar lebih bersungguh-sungguh hingga berjaya dan mendapat pekerjaan yang baik. Amin..



Tuesday, 13 March 2012

Lab Lab Lab~


Ni nak citer tentang lab tadi. Semalam sebelum lab tu aku suruhlah si dia study pasal lab tu dulu, kenal-kenal apa itu AM. Pastu tadi fuhh, dia tunjuk kertas dia study semalam. Power, siap ada ayat cinta dalam kertas tu tadi. Entahlah aku tak ingat apa tadi, "if u love someone, must endure pain" kot. Aku pun tak ingat. Haha. Sebenarnnya banyak kelebihan yang kita dapat kalau study awal-awal sebelum masuk lab atau lecture sebab kita akan lebih memahami apa yang kita buat masa lab atau semasa lecture mengajar. Insyaallah kalau buat benda ni selalu mesti boleh score semasa test atau final exam. Pastu saya haraplah awak buat macam ni selalu masa lab, insyaallah nanti boleh score dalam test dan final exam.

Contohlah, semasa aku amik analog 1 semasa 2 sems lepas, semua pre lab aku buat sendiri. Lepastu semasa test1,test2 dan final exam aku boleh jawab dengan senang je. Tapi nasib tidak menyebelahi aku, aku dapat A- je.

Pastu dalam lab tadi, kami ok-ok je. Banyak cakap pasal study, lagipun dia dah cakap kat aku masa dalam lab jangan cakap pasal hati dan perasaan, jadi aku tak cakaplah. Alhamdulilah lab tadi pun kami siap awal. Senang je kot lab tadi. Sebenarnya aku malu dengan dia, tambah-tambah lagi semasa nak jumpa face to face, entahlah kenapa. Dulu cikgu ada cakap, kalau kita takut dan malu dengan seseorang itu, maknanya kita ada perasaaan dekat dia~

Amplitude Modullation

WahHHhhhHH... Bapak stress... Ada ke malam ni baru upload lab, mana sempat aku nak wat pre lab.. Bila aku duk buat scilab tadi, tiba-tiba keluar wave yang sangat pelik. Aku pun tiba-tiba jadi mengantuk Arghh, sambung esok pagi la. Haha..



Tadi duk gelak-gelak dengan roomate pasal lab esok ni.

Aku: Wah stressnya, awat lecture tak upload lagi ni lab untuk esok??

Roomate : Wah, gelisah kau nampak. tak sabar ke nak pergi lab esok. Nak jumpa si dia?

pastu kami sama-sama gelak.

p/s: amalkan gelak selalu, kerana dia dapat mengurangkan stress..

Monday, 12 March 2012

"Beauty and the Beast" OR "Prince Charming and Orga"


Kadang-kadang dalam hidup ni, kita selalu je nak yang perfect, tapi cukup perfect ke kita ni jika nak pilih yang perfect tu? Hihi, tepuk dada tanyalah diri kita sendiri.

Di alam sekolah rendah, ada lah sorang budak ni. Dia ni badan berisi sikit dan dia seorang yang permalu. Masa waktu itu dia tidak mengenali apa itu cinta, dia hanya apabila jumpa perempuan, dia cuma tunduk je. Budak ni perwatakannya dekat sekolah sangat baik, dia pakai songkok apabila ke kelas. Ramai cikgu yang suka dekat dia, sehinggakan dia dilantik menjadi pengawas sekolah.

Daun yang segar menjadi layu, dahan yang kukuh menjadi rapuh dan macam itu jugaklah dengan masa yang berlalu. Budak ini pun masuklah ke alam remaja. Awal-awalan alam remaja budak ni masih lagi sedikit berisi, pada masa ni semua perempuan tidak memandangnya, itulah yang dia rasa. Disebabkan aktiviti kokurikulum, aktiviti silat dan olahraga, budak ini dapat berubah menjadi seorang lelaki yang berimej kemas dan segak. Pada masa inilah budak itu mengenali apa itu ertinya cinta. Pada satu hari, adalah seorang budak perempuan kampung ajak budak ini untuk couple, budak ini pun terus terima. Budak perempuan kampung ni tidaklah cantik sangat, tapi eloklah kalau mata memandang. Semasa dalam perhubungan itu, perempuan ni banyak kali ajak berpegangan tangan tapi budak laki ni, menolaknya. Kenapa budak ini menolaknya? kerana budak lelaki ni tidak mahu merosakkannya. Pada satu hari budak perempuan ini dengan sejujurnya mengatakan yang dia telah keluar dengan lelaki lain dan memegang tangannya. Hati budak ini pun hancur berkecai, segala janji manis dan ucapanya untuk hidup setia ke akhir hayat dengan budak perempuan itu hancur berkecai dengan begitu sahaja. Budak ini terus melepaskan perempuan itu pergi. Sekarang perempuan itu dengarnya sudah bertunang dengan lelaki idamannya.

Walau kita memegangnya seerat mana sekalipun, kalau dah takdir mengatakan mereka tidak akan bersama. Budak ini menerimanya dengan redha. Budak ini pun masuklah ke alam matrikulasi. Di tempat pengajian tu, budak ini mengenali seorang perempuan. Paras rupanya boleh dikatakan cantik dan lemah budi bahasa. Budak ini tertarik dengan perempuan ni dan terus mengajaknya untuk couple. Perempuan ini terus menerimanya. Semasa dalam perhubungan tu perempuan ni tidak meminta apa-apa, dia hanya mengatakan kalau nak hubungan ini lebih serius datang rumah dia dan jumpa dengan parent dia. Jadi budak lelaki ni pun cuba beranikan diri untuk pergi ke rumah perempuan tu, dan budak lelaki ni pun pergilah ke rumah budak perempuan itu, kenal dengan parent dan adik beradiknya, Hubungan mereka bertambah rapat hinggalah pada satu hari budak ini mengatakan bahawa dia sekarang dah ada orang lain dan ingin memutuskan perhubungan. Hati budak lelaki ini hancur berkecai sekali lagi.

Budak lelaki ini sudah berputus asa dengan cinta dan tak mahu dah couple. Pada satu hari di Universiti, budak lelaki ni terjumpa dengan perempuan yang telah membuka hatinya yang sekian lama tertutup. Budak perempuan ni semuanya ada padanya. Buat masa sekarang budak lelaki ini hanya mampu bersabar dan menunggu perempuan itu je. Hanya tuhan je tahu macam mana banyak dan tingginya cinta lelaki ini tehadap perempuan itu.

Kesimpulan, jangan mencintai seseorang itu berdasarkan paras rupa, kalau mencintai seseorang itu bedasarkan paras rupa, paras rupalah yang akan kita dapat, bukan orang itu yang kita dapat. Jadi cintailah seseorang itu berdasarkan cinta dan agamanya, kerana itulah yang menjamin kebahagiaan dunia dan akhirat. p/s : look even mr beast can got their happines with miss beauty. :D




Waaa.. Tak mau masuk HOSPITAL...

(entry ni diedit, last update pkul 2 pagi sebab ada masalah tatabahasa dan ayat tidak lengkap)

Hehe, aku asyik duk cakap sal cinta je 24 jam. Biasalah nak wat camne, dah aku dah jatuh cinta dengan dia. Jatuh cinta itu tidak bermakna kita boleh memilikinya, kita cuma kena bersabar je. Klu ada jodoh, insyaallah tak ke mana. Lagipun aku dah banyak kali couple-couple ni, bukan tak pernah. Banyak kali tu dua je.. haha.  Banyak pengalaman dan iktibar yang aku dapat dari pengalaman lepas, Aku harap pengalaman tu dapat lagi mematangkan aku dan kalau aku harap kalau dia terima aku satu hari nanti, aku akan jaga hubungan tu hingga ke jinjang pelamin. Aku rasa tak salah kan? Buat masa sekarang, habiskan pelajaran adalah terbaik untuk kami. Cuma satu je yang penting, bila dah ada dalam hubungan tak kisahlah kahwin ke tunang ke, pertahankanlah hubungan itu ke akhir hayat. Itu adalah resepi kebahagiaan.. :D haha.. memang betul pun..

Ganglion ni apa? ganglion ni sejenis penyakit gangguan sendi, dia lebih kurang macam ketumbuhan di bawah kulit yang mengandungi cecair ianya biasa berlaku pada permukaan sendi atau tendon. Apabila disentuh, ia boleh terasa keras atau lembut seperti span dan boleh menjadi keras macam batu. Ganglion ni tidak mendatangkan kemudaratan dan membentuk separuh dari tumor yang berlaku di tangan. Panjang lagi cerita pasal ganglion ni, cukuplah setakat ni, kalau banyak-banyak konfirm awak tak faham. Hihi.. Sebenarnya aku memang minat pasal medik ni. Kenapalah aku amik fizik dulu masa kat matrik. Ish. Ish..Silap profession ni.

Ok lah.. Aku kena penyakit ni sems lepas, semasa aku duk bersenam dengan alat senaman dumbell. Dumbell ni  apa? dumbell ni alat senaman angkat berat macam dekat gym, macam ahli bina badan duk guna tu. Aku angkat 15kg rasanya masa tu. Masa aku duk angkat dumbell tu, tiba-tiba tulang tangan aku berbunyi. Aku ingatkan apa, ingatkan tulang saje-saje bunyi. Pagi aku esok aku tengok tangan aku timbul benjolan dekat pergelangan tangan. Aku buat tak kisah dan main lagi alat senaman tu. Hari demi hari benjolan dekat tangan aku makin besar. Aku tanyalah dekat mak aku, mak aku ni nurse. Dia cakap benjolan ni timbul sebab sendi terseliuh. Aku nak kepastian, aku pergi tanyalah dekat abah aku plak, tapi aku kena jerkah on the spot dengan abah aku masa tu " HAAA!!! main lagi alat senaman tu, dah tau benda tu berat, main buat apa!!! esok pergi hospital pergi check dengan doktor!!.. haha.. Kena marah aku disitu.

Pagi esok aku pergi hospital sorang-sorang, masa dekat hospital doktor duk belek-belek tangan aku, tekan-tekan dan buat ultrasound. Doktor cakap benjolan ni ganglion, tak bahaya. Dia akan makin membesar kalau aku angkat benda berat. Kalau dah tersangat besar dan menganggu kehidupan seharian, kena operation buang benda ni. WAAA, TAK MAUUU.. tapi aku nak sangat bersenam dengan alat senaman angkat berat tu. Best wooo.. tangan jadi gagah... haha~.. buat masa sekarang aku stop dulu main dumbell, nanti benjolan ni kecik skit, aku sambung main plak~

ni gambar tangan aku dan contoh small operate yang aku wat research.

Ni tangan aku.. hihi






HAHA~ nampak menakutkan kan? Awak mesti takut kan? saya 10x lagi takut kalau kena operate ni. Tapi saya harap-harap lah tidak kena operate. Lagipun kalau operate pun, jaminan untuk sembuh tidak tinggi. Sebab ia mungkin akan datang balik. Ok la.. cukuplah tu, aku nak sambung buat assignment plak..

Sunday, 11 March 2012

No Follower~



Bangun pagi-pagi ni saya tengok no follower kat blog saya. hehe, awak marah ek saya tulis "dalam ni ada sorang member je sampai bila-bila" ? .. Tapi tu memang betul pun, blog saya ni awak dan saya je tau. Jadi memang dah tak ada orang lain yang akan follow blog saya ni. Saya rasa awak boleh cakap kat saya awak tak suka saya tulis cm2 kat nama gadget, saya boleh rename dan buang gadget tu je. Kalau awak ada apa-apa nak cakap pasal blog ni, isi kandungan blog ni tak betul ke? atau nak komen mesej la saya ek. Skype pun boleh

Saturday, 10 March 2012

Welcome to Thailand ... Sawadikap



Kami memang dah lama nak pergi Thailand sejak dari sems lepas dulu lagi je, hari ni baru dapat pergi. Haha.. Ok lah, sebelum nak pergi Thailand ni kena buat border pass dulu. Border pass ni boleh dibuat di pejabat imigresen di Kuala Perlis. Murah je, rm10 sahaja. Border pass ni hanya boleh dimohon oleh rakyat penduduk tetap negeri Perak ,Kedah ,Perlis dan Kelantan sahaja.

Kami plan nak pergi thailand pukul 6.30 pagi, tapi biasalah janji melayu. 6.30 pagi jadi 8.00 pagi. Adalah sorang senior tahun 4 ni, masa tu kami dah ada dekat kedai oren kat kuala perlis tu, first-first dia tertinggal dompet kat dalam rumah, ok fine dia putar balik kereta dan pergi ambik balik dompet dia kat rumah dan lepastu minyak kereta dia plak habis tengah jalan. Last-last kami tolong isi minyak kereta dia dalam botol dekat petronas beredekatan, last-last pukul 8.00 pagi baru kami gerak. Alahai nasib punya badan, matahari dah nak hampir tegak atas kepala.

Lebih kurang pukul 9.00 pagi kami sampai dekat pejabat imigresen di Padang Besar. Kami sebenarnya takut nak pergi Thailand ni maklumlah dengar-dengar berita dekat TV banyak berita pasal pengeboman sana sini, takut ada masalah dekat pejabat imigresen ke dan lain-lain tapi nasib baiklah ada senior Kelantan ni yang selalu pergi Thailand tunjukkan selok-belok pasal cara nak masuk Thailand dan jalan kat Thailand. Dia boleh dikatakan setiap minggu pergi Thailand sebab nak cari baju murah-murah kat sana..

Ok lah, ni nak cakap pasal perkara yang berlaku di pejabat imigresen , masa nak masuk dan keluar Thailand tu kena cop dekat border pass tu, samalah kalau nak masuk dan keluar Malaysia, kena cop jugak dekat border pass. Semasa nak cop border pass dekat pejabat imigresen Malaysia tidak dikenakan caj pun, tetapi apabila nak cop border pass dekat  pejabat imigresen Thailand, pegawai tu minta tu tunjuk 5 dekat aku. Aku ingatkan apa 5 ni, nak main high 5 dengan aku ke, rupa-rupanya dia nak RM5. Ceh.. Rasuah,Riba dan Hipokrit betullah pegawai Thailand ni, Aku bangga dengan Malaysia, tak minta apa-apa pun. Sebab itulah negara Malaysia aman dan damai hingga sekarang. Aku pun gumpal duit kertas rm1 sebanyak tiga keping dan bagi dekat dia, dia tak check pun berapa rm yang aku bagi. Dia terus simpan duit tu dalam laci meja dia. Tau pun takut. Haha..

Sebelum nak masuk Thailand tu, kita kena tukar dulu duit Malaysia ke duit Thailand. Nak tukar duit ni, kena pergi ke kedai cina dekat padang besar. Aku tukar sebanyak RM150 atau dalam duit Thailand 1500 bat. Sebelum ni aku fikir buat apa tukar banyak aku bukan nak shopping sangat pun tapi bila dah sampai Thailand bapak rugi aku tak tukar banyak-banyak. Haha. Tempat yang kami pergi di Thailand nama dia Krongek. Tempat ni mak aii, besar gila tempat membeli belah, lebih besar dari Pasar Wakaf Che Yeh dekat kelate tuh. Barang dekat sana boleh dikatakan banyak sangat pilihan, sampai aku tak tau nak pilih yang mana. Kasut dekat sana paling murah rm20, cun wess.. Adidas, Nike.. Seluar jeans plak rm30 je.. Haha.. Murah-murah.

Kedai-kedai barang perempuan aku tak tengok lah, sebab aku kalau pergi sana, nak beli apa?. Saya nak mesej "awak" nak tanya awak nak apa, tapi malu lah plak koz kita lama dah tak mesej. Hehe, saya dah janji ngan awk kan, awk pun pegang janji sy kan?.. Lepastu makanan kat sana mahal lah sikit. Ada yang sedap dan ada yang tak. Pandai-pandai la memilih. Tapi makanan kat sana banyaklah sangat, tapi aku tak tengok makanan, aku tengok kasut dan seluar je. Hehe, Cuaca kat sana tersangatlah panas, lagi panas dari kg wai yang panas ni, berapa botol air pepsi aku minum kat sana aku pun tak tahu.. haha

Aku sampai kat kg wai lebih kurang pukul 5 petang.. Letih-letih.. Ni ada gambar kat bawah, awak tengok-tengok lah ek? :D

















Kawan Bagi Nasihat



Pada satu hari lepas kelas.

Kawan : Ok ke ni fiy? termenung je aku tengok.. Ada masalah ke?
Aku   : Ok je, aku cuma duk fikirkan "awak" je..
Kawan : Owhh..  mu betul ke nak dekat dia ke fi?
Aku   : Aah. betul lah aku memang nak kat dia.
Kawan : Tapi aku tengok dia macam susah nak ejas je?
Aku   : Emm, yang pentingnya aku nak dekat dia. Hati aku nak kat dia. Dah lama aku tau dia payah nak di ejas, sebab tu aku lah tak ejas dia sekarang, aku nak ejas dia lepas grad. Aku  cuba buat apa yang dia nak.
Kawan : Emm...







Blog Ini


Hehe, blog ni sebenarnya saya update setiap hari.. Tapi saya tak taulah awak akan tengok ke tak blog saya ni.. Saya akan update blog ni sampai kita grad. Tapi lepas grad saya nak cakap terus-terus dan depan-depan dengan awak tentang perasaan saya. Saya dah janji dengan awak kan? Saya tak mahu mungkir janji.

Friday, 9 March 2012

Buku Lecture Note(Print) Untuk Dijual

Disebabkan printer awak rosak, nak beli tak buku print lecture note? Senior yang buat. Siap dengan banding dan plastik luar lagi..




Ni lah contoh dua buku tu.. satu lagi buku saya tertinggal dekat dk kelas mems td, tertinggal atas meja lecture.. haha

Ni Harga dia


Buku Control-RM 19.20
Buku Communication Systeem-RM10.70
MEMS-RM13.90

JUMLAH = 43.80

berminat tak? klu berminat mesej la sy . Tanya la kawan-kawan, takut ada yang berminat ke?. Nanti saya deal dengan senior tu . klu awak sorang beli boleh murah kot.. hehe.. Klu nak tengok cmne buku ni, cakaplah.. esok masa kt dk saya tunjuk cmne buku ni.. Ramai yang beli buku ni bdk dip ada yg beli dan dak laki kelas-kelas kita.

Thursday, 8 March 2012

Han Namjaga Isso Saranghae



Hehe, entry ni saya tidak akan cakap kat awak saya dah buat entry baru ni, tapi kalau awak nak baca entry ni, bacalah ek? jangan kata taknak, haha. Tapi entry ni berjiwang lebih-lebih. Tapi takpelah ni kan kat blog, bukan msg dan skype kan? Lagipun hari tu awak cakap ok kan saya nk berjiwang dalam blog kan? hihihi.

Sebelum tu, pujangga pernah berhikayat, "kerana cinta manusia boleh jadi bersemangat, bagi saya awak ialah punca semangat saya". Itulah yang terjadi dekat saya.

Ok.. Sejujurnya saya memang dah lama nak la satu lab lab dengan awak, tapi niat saya bukan bila satu lab, saya boleh dekat-dekat dengan awak. Niat saya bila satu lab saya boleh ajar awak lab. Awak cakap saya pro lab, saya tidak lah pro mana. Ramai lagi yang pro dari saya. Tapi bila awak cakap saya pro maka saya kenalah cuba yang terbaik. Mesti awak pelik kan? kenapa saya dah faham tentang sci lab tu kan? Sebenarnya saya dah wat lab tu kat rumah. Biasalah, hero kenalah prepare dari awal kan? haha.. 

Pastu saya dah cakap dekat awak hari tu kan? Saya nak sepak kaki yuva pastu tersepak kaki perempuan tu. Saya tidak sengaja. Masa tu saya rasa bersalah je dekat awak, saya nak tengok muka awak pun takut. haha, tapi saya tidak tahulah macam mana yang awak rasa. Awak cakap takpe dan tak kisah pun. Tapi tak tahulah takut ada maksud ke disebalik apa yang awak cakap. Saya masa tu nak minta maaf je dan nak cakap saya tidak sengaja. Saya kalau boleh tidak mahu awak salah faham dekat saya. Saya nak awak tahu hanya awak je di hati saya.

Awak tahu tak apa saat bahagia pada masa tu? Saat bahagia pada masa itulah saya dapat ajar awak lab. Kira ok lah, awak gembira lab awak siap dan saya bahagia tengok awak gembira. hehe.. Insyaallah next week saya akan cuba terbaik lagi. :D .. Ok lah, saya ngantuk dah.. Esok kelas pukul 8 kan? so kenalah tido awal klu tak nanti ngantuk masa lecture mengajar. 

Wednesday, 7 March 2012

Alignment Ink Problem

Ni contoh misaligned



Alignment ni macam keluar dakwat sekat-sekat dan kadang-kadang boleh menyebabkan dakwat printer tidak keluar langsung apabila kita print kertas. Printer ni boleh jadi misaligned kalau kertas tiba-tiba jammed apabila kita print, print catridge tersumbat atau kotor, print catridge tidak dipasang dengan sempurna dekat printer dan kalau guna print catridge yang harganya murah dan low quality. Selain itu printer jugak boleh jadi misaligned selepas print terlampau banyak kertas.

Cara nak atasi tekan Printer and Devices Alignment utility dekat window atau check printer dan ink catridge takut kotor atau dakwat habis.

haha, step ni saya copy paste dekat internet. Tapi saya pernah wat dulu step ni masa ada printer dulu. Awak try lah takut jadi ke, klu tak faham step tu, cakap kat saya. Saya ajar step by step..



Windows

Step 1

Click "Start," then select "Devices and Printers."

Step 2

Right-click on the printer you need to align, then select "Printing Preferences" from the pop-up menu.

Step 3

Click the "Services" tab, then click the "Align the Print Cartridges" icon. The printer automatically prints an alignment test page.

Step 4

Follow the instructions from the Alignment wizard to align the cartridges. For example, select the appropriate answers on the wizard that correspond to the results printed on the test page. Click "Finish" when the Alignment wizard completes.


Printer Software

Step 1

Launch the printer's software, then select "Maintenance," "Tools" or "Utilities."

Step 2

Click "Alignment" or "Calibrate Printer," then click the "Alignment" or "Calibrate" button. An alignment or calibration page prints.

Step 3

Follow the directions of the calibration or alignment wizard to complete the alignment process. Click "Done" or "Finish" at the completion of the alignment process.


(1). Open the printer properties dialog box.
(2). Print the pattern.

(3) Click the Maintenance tab.
(4) Click Print Head Alignment.
(5) Confirm the displayed message and click Print Head Alignment.


(6) Contoh alligned selepas di print. Klu tak sama macam ni print lagi sekali



Physical Issues

Step 1

Check to see if there is any paper stuck in the printer. Stuck paper can cause the printer cartridges to improperly align. Remove all stuck paper completely to solve the problem.

Step 2

Replace clogged or dirty print cartridges with new ones. Cartridges that are dirty cause streaking and blotting, which causes misalignment.

Step 3

Install new manufacturer's cartridges in the printer. If the cartridges are manufactured by a third-party, it is possible that they may not fit correctly in the cartridge holder. Replace any cartridges that are not the printer manufacturer's cartridges.