Thursday, 15 March 2012

‎...cinta bukanlah segala-galanya, tapi segala-galanya yang berlaku adalah kerana cinta...



Assalamualaikum.. semalam aku tak update blog ni sebab terlampau bizi dan penat. Haha, tak guna aku merungut dekat sini sebab nak jadi student yang berjaya bukanlah senang, bak kata pepatah berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian. Insyaallah kalau aku berterusan macam ni boleh score sems ni.

Semalam semasa aku tengah duk buat short note MEMS, tiba-tiba takdek elektrik. Bunyi bising satu kampung wai, Aku pun pergi lah dekat luar, geng-geng ni tengah pasang mercun. Apa lagi pergi join sekaki la. haha, aku ni kaki mercun. Kalau dekat rumah masa time hari raya, abah aku selalu buat balik mercun berkotak-kotak. Aku apa lagi, ambik mercun tu buat balik kampung dan terus main kat sana. haha, kadang-kadang aku jual jugak mercun tu dekat budak-budak kampung. Biasalah nak hidup, kenalah pandai kan.

Ok la, blog ni sebenarnya bukan nak citer pasal diri aku, tapi pasal "putera dan puteri intan permata". Putera tu aku la, aku ni biasa-biasa je. Just lelaki biasa. Kenapa aku panggil dia puteri intan permata? sebab bagi aku dia teramat istimewa. Kenapa intan permata? sebab intan permata ialah barang kemas yang sangat mahal, selalu duduk dalam kotak kaca di kedai-kedai barang kemas dan bukan sebarang orang yang mampu memiliki intan permata tu. Hanya orang yang mampu dan terpilih je yang mampu membeli dan dan memiliki intan permata tu. Aku harap aku lah orangnya, orang yang dapat memiliki puteri intan permata tu satu hari nanti. Seriously aku tak mahu kehilangan dia.

Emm, bercakap tentang perkara yang berlaku sehari dua ni. Entahlah, aku pun tak tahu nape aku jadi rajin sehari dua ni. Mungkin sebab semangat belajar aku datang kot, atau mungkin inikah yang dipanggil kekuatan  memcintai seseorang? Jika benar, jadikan kekuatan ini sebagai semangat bagi aku untuk belajar lebih bersungguh-sungguh hingga berjaya dan mendapat pekerjaan yang baik. Amin..



No comments:

Post a Comment