Wednesday, 7 March 2012

Rahsia KITA


Blog ni sebenarnya bukan untuk tontonan orang ramai. Hanya 2 org je yang tau tentang blog ni iaitu awak dan saya.

Dalam blog ni saya cuba cakap apa yang saya rasa tentang awak dan apa yang berlaku di sekeliling saya. Tapi bukan bermakna saya takut nak cakap depan-depan tapi sebab saya tak nak kecewakan awak seperti dulu lagi. Saya manusia yang lemah. yang selalu buat salah dan silap. Saya juga lemah dalam bab cinta-cinta ni. Saya tidak dapat kawal apa yang saya rasa. Jadi sebelum kita habis belajar ni, saya rasa ok saya luahkan apa yang saya rasa dalam blog ni je. Lagipun saya dah berjanji kan? Saya akan kotakan janji saya.

Terus terang saya cakap dekat awak. Saya sangat sayangkan awak,cintakan awak dan rindukan awak. Perasaan saya tidak berubah walau sedikitpun sama ada dulu atau sekarang. Tapi apa yang saya rasa ni biarlah saya pendam sorang-sorang, kerana kita tidak salah untuk mencintai seseorang yang salahnya cara kita mencintai orang tu. Sama ada cara kita betul atau salah. Jadi buat masa sekarang saya tak akan luahkan perasaan saya dekat awak macam dulu lagi.

Tapi nanti grad, saya harap kita boleh cuba untuk meneruskan hubungan kita ni ke peringkat yang seterusnya dan ke jinjang pelamin.

Saya sebenarnya seorang yang kuat jelous dan selalu fikirkan perasaan orang lain. Saya rasa awak dah kenal saya macam mana kan? haha.. Walaupun saya jelous tapi saya tak cakap kat awak. Saya cuma wat senyap je. ceh ceh.. haha... Saya harap awak tak layan lelaki yang cuba nak tekel-tekel atau nak mendekati awak. Saya juga harap awak tak layan lelaki yang nak berkenalan dengan awak dan yang nak chat dengan awak. Awak buat je apa yang awak fikir betul dan peganglah dengan prinsip awak tu kuat-kuat, iaitu "tidak mahu couple semasa belajar". Awak belajarlah sungguh-sungguh, kurangkan tengok movie, tidur, main fb, walking blog dan benda-benda yang lara. Awak cakap nak study awal-awal kan? jadi startlah dari sekarang. Saya rasa kalau awak rajin dan mula dari awal belajar, insyaallah 3.5 dalam tangan awak.

Saya sebenarnya suka mesej dengan awak, saya nak call awak selalu, saya nak chat skype ngan awak 25 jam sehari dan nak jumpa awak selalu. Tapi saya tau klu kita chat lama-lama, kita akan terpesong dan bila kita terpesong maka timbul lah rasa cinta. Bila dah timbul rasa cinta, maka secara automatik saya akan cakap romentik dengan awak. Bila saya cakap romentik dengan awak maka secara automatik saya akan mungkir janji dengan awak. Saya tak nak perkara itu terjadi, jadi saya harap awak tahu kenapa saya tidak mesej awak tanya awak tengah buat apa dan kenapa saya off9 skype.

Tapi kalau membabitkan pelajaran, kalau awak nak tanya saya pasal hal penting dan nak minta tolong, mesej lah saya ya? saya pasti akan mesej dengan sepantas mungkin.

Lagi satu, saya ni jenis yang tidak layan perempuan yang saya tidak minat dan saya tidak suka main mesej,chat dan call ngan perempuan saya tidak minat. Klu saya layan perempuan, saya akan layan awak sorang je.

Cukuplah coretan saya untuk malam ni, saya dah ngantuk nak tido. Esok kelas pkul 10 kan?. Nanti bila-bila saya sambung lagi.

Assalamualaikum..



No comments:

Post a Comment