Tuesday, 6 March 2012

Transplant HEART?



Hihi.. aku ponteng kelas mems.. macam malas je nak pergi, tambah pulak hujan-hujan ni. Klu pergi bukan faham pun, baik study sendiri kat rumah. haha.. ok la.. Disini aku ingin menceritakan tentang mimpi aku malam tadi, mimpi yang membuatkan aku bangun tak tidur2..

Sebelum aku start cerita sal mimpi aku, aku nak cakap yang aku ni anak yatim. Masa darjah 6 mak yang aku sayang meninggalkan aku. Mak aku meninggal seminggu sebelum aku nak menghadapi exam UPSR, jadi semasa exam UPSR tu aku tidak dapat fokus elok-elok maka aku mendapatlah result yang tidak berapa elok tapi bolehlah nak buatkan ayah aku tersenyum. Jadi sesiapa yang masih mempunyai mak tu sayanglah mak kita dengan seberapa banyak mungkin, sebab apabila dia dah pergi menemui nya kita akan menyesal tidak sudah-sudah kerana ibu ialah tempat kita bermanja, mengadu nasib dan pengubat rasa sedih nestapa. Satu hari sebelum mak aku meninggal aku ingat lagi dia cakap " fi belajar elok-elok, biar dapat nombor satu nanti boleh jadi doktor boleh rawat penyakit mama ni, ambillah duit dalam meja tu sebanyak mana nak fi nak buat belanja kat sekolah", aku pun menangis peluk mak aku dan aku tak sangka bahawa pelukan itu ialah pelukan terakhir aku padanya sebelum dia menghembuskan nafas terakhir di hospital pukul 12 tengah malam. Mak aku meninggal pada hari jadinya. Ayat tu lah yang aku tidak dapat lupa sampai sekarang dan ayat tu jugaklah yang memberi semangat kepada aku untuk belajar hingga sekarang. I LOVE U MAMA>>

Berbalik pada topik mak aku sebenarnya menderita dengan penyakit leukemia, penyakit ni tidak mungkin akan sembuh tapi boleh memanjangkan hayat pesakit dengan melalukan  rawatan kimoterapi dan pemindahan sum sum tulang. Jadi aku nak cerita tentang permindahan sum-sum tulang, permindahan ni ia memerlukan kos yang amat tinggi dan penderma hanya layak di kalangan adik beradik sahaja. Dalam semua adik beradik bukan semua yang sesuai. Dalam 10 ahli keluarga, 1 orang je yang sesuai untuk melakukan permindahan ni. Abah aku ada buat test sama ada layak atau tidak untuk menderma sum-sum tulang dekat mak aku, tapi keputusannya negetif. Dalam seluruh adik beradik mak aku tiada sorang pun yang nak melalukan test tu. Apatah lagi nak menderma. Cakap mak aku, isshh, diorang takut tu, biarlah mak dah sihat. Tapi memang betul, aku sempat lagi tengok macam mana proses untuk mengambil sum-sum tulang dari  tulang belakang mak aku, prosesnya amat menakutkan. Tanpa menggunakan bius, doktor menggunakan gerudi besi yang panjang untuk mengorek tulang belakang untuk mendapatkan sum-sum tulang Aku pun ada jugak cakap dengan mak aku, "mama afy nak menderma sum-sum tulang afy dekat mama" mak aku terus marah dan suruh aku masuk bilik untuk study. Entahlah kenapa mak aku marah, mungkin dia tak nak aku rasa apa yang dia rasa kot. Itulah cinta dan kasihnya seorang ibu.

Berbalik pada topik sebenar, satu dua hari ni entahlah kenapa aku asyik duk fikirkan si dia je. Mungkin sebab itulah aku dapat mimpi ni kot. Ok la, dalam mimpi tu aku dan si dia tu boleh dikatakan dah jadi teman istimewa. Pada satu hari aku teman dia pergi ke hospital, dia cakap sakit kepala yang teramat sangat. Masa doktor buat diagnosis doktor cakap private dengan aku yang dia ada penyakit kegagalan buah pinggang dan memerlukan permindahan buah pinggang dengan segera. Pada masa tu, aku suruh doktor membuat ujian sama ada aku layak atau tidak untuk menderma kepada nya. Doktor cakap aku layak dan aku cakap dekat doktor, aku sudi menerima dengan syarat rahsiakan perkara ni dekat dia kerana kalau aku berterus terang mungkin dia tidak akan bersetuju.

Sebelum aku dimasukkan ke wad, aku bercakap dengan dia aku kena balik kampung kerana aku ada hal penting nak di uruskan dekat rumah dan tidak akan berjumpa dengan dia selama seminggu. Dia senyum dan cakap ada orang baik sudi menderma buah pinggang dekat dia. Aku senyum balik dan cakap aku amat menyintainya. Semasa melakukan pembedahan tu, aku dengan dia berada sebelah-sebelah, tapi pada masa tu dia sudah menerima ubat bius dan sedang tidur. Aku tengok wajah dia buat kali terakhir dan berdoa agar pembedahan kami selamat. Semasa melakukan pembedahan........................................................................................................... aku terbangun....
Apa ni......... aku tengok sekeliling roomate aku sudah tiada dekat bilik.. aku termenung sekejap dan terus pergi mandi.


No comments:

Post a Comment