Tuesday, 13 March 2012

Lab Lab Lab~


Ni nak citer tentang lab tadi. Semalam sebelum lab tu aku suruhlah si dia study pasal lab tu dulu, kenal-kenal apa itu AM. Pastu tadi fuhh, dia tunjuk kertas dia study semalam. Power, siap ada ayat cinta dalam kertas tu tadi. Entahlah aku tak ingat apa tadi, "if u love someone, must endure pain" kot. Aku pun tak ingat. Haha. Sebenarnnya banyak kelebihan yang kita dapat kalau study awal-awal sebelum masuk lab atau lecture sebab kita akan lebih memahami apa yang kita buat masa lab atau semasa lecture mengajar. Insyaallah kalau buat benda ni selalu mesti boleh score semasa test atau final exam. Pastu saya haraplah awak buat macam ni selalu masa lab, insyaallah nanti boleh score dalam test dan final exam.

Contohlah, semasa aku amik analog 1 semasa 2 sems lepas, semua pre lab aku buat sendiri. Lepastu semasa test1,test2 dan final exam aku boleh jawab dengan senang je. Tapi nasib tidak menyebelahi aku, aku dapat A- je.

Pastu dalam lab tadi, kami ok-ok je. Banyak cakap pasal study, lagipun dia dah cakap kat aku masa dalam lab jangan cakap pasal hati dan perasaan, jadi aku tak cakaplah. Alhamdulilah lab tadi pun kami siap awal. Senang je kot lab tadi. Sebenarnya aku malu dengan dia, tambah-tambah lagi semasa nak jumpa face to face, entahlah kenapa. Dulu cikgu ada cakap, kalau kita takut dan malu dengan seseorang itu, maknanya kita ada perasaaan dekat dia~

No comments:

Post a Comment