Saturday, 10 March 2012

Welcome to Thailand ... Sawadikap



Kami memang dah lama nak pergi Thailand sejak dari sems lepas dulu lagi je, hari ni baru dapat pergi. Haha.. Ok lah, sebelum nak pergi Thailand ni kena buat border pass dulu. Border pass ni boleh dibuat di pejabat imigresen di Kuala Perlis. Murah je, rm10 sahaja. Border pass ni hanya boleh dimohon oleh rakyat penduduk tetap negeri Perak ,Kedah ,Perlis dan Kelantan sahaja.

Kami plan nak pergi thailand pukul 6.30 pagi, tapi biasalah janji melayu. 6.30 pagi jadi 8.00 pagi. Adalah sorang senior tahun 4 ni, masa tu kami dah ada dekat kedai oren kat kuala perlis tu, first-first dia tertinggal dompet kat dalam rumah, ok fine dia putar balik kereta dan pergi ambik balik dompet dia kat rumah dan lepastu minyak kereta dia plak habis tengah jalan. Last-last kami tolong isi minyak kereta dia dalam botol dekat petronas beredekatan, last-last pukul 8.00 pagi baru kami gerak. Alahai nasib punya badan, matahari dah nak hampir tegak atas kepala.

Lebih kurang pukul 9.00 pagi kami sampai dekat pejabat imigresen di Padang Besar. Kami sebenarnya takut nak pergi Thailand ni maklumlah dengar-dengar berita dekat TV banyak berita pasal pengeboman sana sini, takut ada masalah dekat pejabat imigresen ke dan lain-lain tapi nasib baiklah ada senior Kelantan ni yang selalu pergi Thailand tunjukkan selok-belok pasal cara nak masuk Thailand dan jalan kat Thailand. Dia boleh dikatakan setiap minggu pergi Thailand sebab nak cari baju murah-murah kat sana..

Ok lah, ni nak cakap pasal perkara yang berlaku di pejabat imigresen , masa nak masuk dan keluar Thailand tu kena cop dekat border pass tu, samalah kalau nak masuk dan keluar Malaysia, kena cop jugak dekat border pass. Semasa nak cop border pass dekat pejabat imigresen Malaysia tidak dikenakan caj pun, tetapi apabila nak cop border pass dekat  pejabat imigresen Thailand, pegawai tu minta tu tunjuk 5 dekat aku. Aku ingatkan apa 5 ni, nak main high 5 dengan aku ke, rupa-rupanya dia nak RM5. Ceh.. Rasuah,Riba dan Hipokrit betullah pegawai Thailand ni, Aku bangga dengan Malaysia, tak minta apa-apa pun. Sebab itulah negara Malaysia aman dan damai hingga sekarang. Aku pun gumpal duit kertas rm1 sebanyak tiga keping dan bagi dekat dia, dia tak check pun berapa rm yang aku bagi. Dia terus simpan duit tu dalam laci meja dia. Tau pun takut. Haha..

Sebelum nak masuk Thailand tu, kita kena tukar dulu duit Malaysia ke duit Thailand. Nak tukar duit ni, kena pergi ke kedai cina dekat padang besar. Aku tukar sebanyak RM150 atau dalam duit Thailand 1500 bat. Sebelum ni aku fikir buat apa tukar banyak aku bukan nak shopping sangat pun tapi bila dah sampai Thailand bapak rugi aku tak tukar banyak-banyak. Haha. Tempat yang kami pergi di Thailand nama dia Krongek. Tempat ni mak aii, besar gila tempat membeli belah, lebih besar dari Pasar Wakaf Che Yeh dekat kelate tuh. Barang dekat sana boleh dikatakan banyak sangat pilihan, sampai aku tak tau nak pilih yang mana. Kasut dekat sana paling murah rm20, cun wess.. Adidas, Nike.. Seluar jeans plak rm30 je.. Haha.. Murah-murah.

Kedai-kedai barang perempuan aku tak tengok lah, sebab aku kalau pergi sana, nak beli apa?. Saya nak mesej "awak" nak tanya awak nak apa, tapi malu lah plak koz kita lama dah tak mesej. Hehe, saya dah janji ngan awk kan, awk pun pegang janji sy kan?.. Lepastu makanan kat sana mahal lah sikit. Ada yang sedap dan ada yang tak. Pandai-pandai la memilih. Tapi makanan kat sana banyaklah sangat, tapi aku tak tengok makanan, aku tengok kasut dan seluar je. Hehe, Cuaca kat sana tersangatlah panas, lagi panas dari kg wai yang panas ni, berapa botol air pepsi aku minum kat sana aku pun tak tahu.. haha

Aku sampai kat kg wai lebih kurang pukul 5 petang.. Letih-letih.. Ni ada gambar kat bawah, awak tengok-tengok lah ek? :D

















No comments:

Post a Comment