Monday, 12 March 2012
"Beauty and the Beast" OR "Prince Charming and Orga"
Kadang-kadang dalam hidup ni, kita selalu je nak yang perfect, tapi cukup perfect ke kita ni jika nak pilih yang perfect tu? Hihi, tepuk dada tanyalah diri kita sendiri.
Di alam sekolah rendah, ada lah sorang budak ni. Dia ni badan berisi sikit dan dia seorang yang permalu. Masa waktu itu dia tidak mengenali apa itu cinta, dia hanya apabila jumpa perempuan, dia cuma tunduk je. Budak ni perwatakannya dekat sekolah sangat baik, dia pakai songkok apabila ke kelas. Ramai cikgu yang suka dekat dia, sehinggakan dia dilantik menjadi pengawas sekolah.
Daun yang segar menjadi layu, dahan yang kukuh menjadi rapuh dan macam itu jugaklah dengan masa yang berlalu. Budak ini pun masuklah ke alam remaja. Awal-awalan alam remaja budak ni masih lagi sedikit berisi, pada masa ni semua perempuan tidak memandangnya, itulah yang dia rasa. Disebabkan aktiviti kokurikulum, aktiviti silat dan olahraga, budak ini dapat berubah menjadi seorang lelaki yang berimej kemas dan segak. Pada masa inilah budak itu mengenali apa itu ertinya cinta. Pada satu hari, adalah seorang budak perempuan kampung ajak budak ini untuk couple, budak ini pun terus terima. Budak perempuan kampung ni tidaklah cantik sangat, tapi eloklah kalau mata memandang. Semasa dalam perhubungan itu, perempuan ni banyak kali ajak berpegangan tangan tapi budak laki ni, menolaknya. Kenapa budak ini menolaknya? kerana budak lelaki ni tidak mahu merosakkannya. Pada satu hari budak perempuan ini dengan sejujurnya mengatakan yang dia telah keluar dengan lelaki lain dan memegang tangannya. Hati budak ini pun hancur berkecai, segala janji manis dan ucapanya untuk hidup setia ke akhir hayat dengan budak perempuan itu hancur berkecai dengan begitu sahaja. Budak ini terus melepaskan perempuan itu pergi. Sekarang perempuan itu dengarnya sudah bertunang dengan lelaki idamannya.
Walau kita memegangnya seerat mana sekalipun, kalau dah takdir mengatakan mereka tidak akan bersama. Budak ini menerimanya dengan redha. Budak ini pun masuklah ke alam matrikulasi. Di tempat pengajian tu, budak ini mengenali seorang perempuan. Paras rupanya boleh dikatakan cantik dan lemah budi bahasa. Budak ini tertarik dengan perempuan ni dan terus mengajaknya untuk couple. Perempuan ini terus menerimanya. Semasa dalam perhubungan tu perempuan ni tidak meminta apa-apa, dia hanya mengatakan kalau nak hubungan ini lebih serius datang rumah dia dan jumpa dengan parent dia. Jadi budak lelaki ni pun cuba beranikan diri untuk pergi ke rumah perempuan tu, dan budak lelaki ni pun pergilah ke rumah budak perempuan itu, kenal dengan parent dan adik beradiknya, Hubungan mereka bertambah rapat hinggalah pada satu hari budak ini mengatakan bahawa dia sekarang dah ada orang lain dan ingin memutuskan perhubungan. Hati budak lelaki ini hancur berkecai sekali lagi.
Budak lelaki ini sudah berputus asa dengan cinta dan tak mahu dah couple. Pada satu hari di Universiti, budak lelaki ni terjumpa dengan perempuan yang telah membuka hatinya yang sekian lama tertutup. Budak perempuan ni semuanya ada padanya. Buat masa sekarang budak lelaki ini hanya mampu bersabar dan menunggu perempuan itu je. Hanya tuhan je tahu macam mana banyak dan tingginya cinta lelaki ini tehadap perempuan itu.
Kesimpulan, jangan mencintai seseorang itu berdasarkan paras rupa, kalau mencintai seseorang itu bedasarkan paras rupa, paras rupalah yang akan kita dapat, bukan orang itu yang kita dapat. Jadi cintailah seseorang itu berdasarkan cinta dan agamanya, kerana itulah yang menjamin kebahagiaan dunia dan akhirat. p/s : look even mr beast can got their happines with miss beauty. :D
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment