Wednesday, 7 March 2012

Cara Penjagaan Printer

Hehe entry ni dibuat sebab awak kata semalam ink printer awak ada problem. Laagipun nak jaga printer ni bukan senang. Leceh. Kena refill dakwat la, kena beli kertas la dan kena bersih-bersihkan printer la. Tu la, ni la.. Haha


Cara-cara Penjagaan Printer


1) Jangan simpan printer sebab takut rosak atau habis dakwat Setiap minggu mesti print satu helai sekali. Supaya dakwat itu jalan terus, kalau tidak dia akan kering


2) Warming printer dan jalankan maintenance seperti roller dan cleaning sekurang-kurangnya 2 kali seminggu.


3) Kalau awak nak print tu paling banyak 10 helai kertas dalam 1 masa bagi mengelakkan ink catridge terbakar. Contoh print page 1-10, rehat 4 minit kemudian print page 11-20.


4)Sekiranya awak nak refill ink, pastikan jarum tu awak cucuk kedalam sponge yang terdapat dalam ink catridge.

5)Lap menggunakan tisu sekiranya tumpah kerana penuh.Letakkan ink catridge keatas tisu tu dan tarik sehingga tiada ink mengalir.*Jangan gunakan objek selain tisu kalau tidak nanti rosak ink catridge tu, lagipun catridge bukan murah rm70 atau rm80 satu tuuu... so sementara awak masih student berjimat-jimat la.

6)Selepas refill jalankan maintenance seperti cleaning atau deep cleaning sekurang - kurangnya 3 kali.Kalau tetap misalign, buat sehingga hasil tidak mempunyai misalign.


7) Selalu la cuci-cuci dalam printer tu, buang habuk kat dalam printer dan yang penting jangan biarkan anak lipas masuk dalam printer. Nanti rosak dan tebakar printer tu. Saya pernah sekali kena macam tu. Haha

No comments:

Post a Comment