Sunday, 18 March 2012
I love u with all my heart or my leg?
Assalamualaiukum w.b.t,
Setiap orang mempunyai pendapat dan pandangan yang berbeza, tapi pendapat dan pandangan ini lah yang menjadikan siapa diri kita yang sebenarnya.
Aku sebenarnya dari dulu lagi duk fikirkan adakah kita patut mencintai seseorang itu sepenuh raga kita atau cintakan dia sedikit-dikit sahaja? Sebelum tu, kita fikir dulu. Kita tepuk dada kita dulu, adakah orang yang kita nak cintai tu berhak nak mendapatkan cinta kita sepenuhnya atau sedikit sahaja? Itu kita yang menentukannya. Bagi aku, kalau aku dah mencintai seseorang itu, aku akan mencintainya dengan sepenuh jiwa raga aku, walau aku tahu satu hari nanti aku akan terima apa akibatnya. " Berani untuk mencuba, kalau ianya gagal tidak bermakna kita kena berputus asa, itu bermakna kita tidak cuba terbaik dalam mencuba itu".
Kita kalau dah berani nak meluahkan perasaan dekat orang yang kita minat maka kita kena berani lah menghadapi risikonya. Memang tidak dapat dinafikan, kalau kita amat cintakan dan sayangkan dia dengan sepenuh jiwa raga kita, mungkin kita satu hari nanti kita akan sakit jika ditinggalkan atau dikhianati, tetapi itulah yang dipanggil kehidupan. Sesungguhnya setiap kejadian yang berlaku, ada hikmah disebaliknya.
Adakah ada cinta yang tidak akan pernah menyebabkan kita sakit? Cinta yang tidak menipu kita? Cinta yang setia dengan kita sampai bila-bila? Ya ada, iaitu cinta kepada Allah s.w.t, cinta kepada keluarga dan apabila cinta itu menjadi halal apabila kita diijabkabulkan dengan pasangan hidup kita. :D
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment