Friday, 23 March 2012

Adakah cinta memerlukan pengorbanan?

Assalamualaikum.. berat aku nak buat entry malam ni. Ini mungkin entry yang terakhir aku. Sekarang counter dalam blog ni 158. Entahlah, kadang-kadang counter blog ni meningkat dengan banyak, sedangkan blog ni saya dan awak je yang tau. Awak reload banyak kali ek blog saya? haha,  Hati rasa sebak.. Rasanya saya dah cakap dulu kan? Kalau awak dah ada boyfriend atau awak dah ada orang yang awak suka saya akan tutup blog ni, melainkan awak tak ada orang yang awak minat dan boyfriend saya akan teruskan blog ni hingga ke grad. Saya tak tahu lagi sape mr H awak tu, saya harap awak boleh terangkan dekat saya. Lagipun dulu saya dah cakap dekat awak, terus terang dekat saya jika awak dah minat dekat seseorang, atau awak dah couple. Boleh kan? Itu je yang saya minta. Insyaallah, kalau awak dah ada orang yang minat, saya janji akan lupakan awak.

Saya pun tau setakat mana saya patut berhenti berusaha cintakan seseorang tu. Sebab saya tidak give up untuk cintakan awak adalah kerana saya pasti dengan cinta yang saya ada ni, saya boleh bahagiakan awak. Saya tahu awak tak pernah bahagia dengan saya, tapi saya taknak mengaku kalah. Saya tetap nak cuba jugak.Walaupun kadang-kadang apa yang saya cuba tu saya terlebih-lebih, tapi saya memang nak berusaha dekat awak. Please ek awak? terus terang dengan saya, siapa mr H awak tu. Saya tunggu tu je.. Tu je yang saya minta, boleh kan? Tapi apa yang awak cakap, tolonglah jangan tipu saya ek? sebab saya tidak pernah tipu awak, saya jujur dengan awak selama ni dan saya tak kan memaafkan orang yang menipu saya.


Ask me why I keep on loving you when it's clear that you don't feel the same way for me... the problem is that as much as I can't force you to love me, I can't force myself to stop loving you. 

"Saya berhenti mencintai awak bukan bermakna saya sudah berputus asa, tetapi segala yang buat saya tak mampu nak buat awak mencintai saya"


TRANSPLANT HEART VERSION 2




Sebelum apa pun, aku nak habiskan sambungan entry transplant heart tu. Ok la, lepas mak aku meninggal. Aku hidup 2 orang je dengan abah aku. Dengan berbekalkan result upsr yang tidak seberapa, aku dapatlah masuk ke sekolah menengah kawalan, sekolah ni boleh dikatakan femous di kota bharu. Masa tingkatan 1 aku tinggallah di sekolah berasrama penuh, masa tu aku belajar hidup berdikari. Basuh kasut sendiri, belajar berjimat dan kenal apa itu makna kehidupan junior dan senior. Masa aku tingkatan 1 aku tidak pernah kena buli dengan geng-geng roomate lain, sebab aku rapat dengan geng-geng senior form4 dan form5 jadi diorang takut nak kacau aku. Tapi yang menyedihkan result peperiksaan aku teruk sebab masa prep aku tak study aku kacau orang je. Sekolah aku sekolah elit, dalam sekolah tu semua pelajar lelaki, tak ada perempuan. Jadi kacau laki. Pergi lepak dekat surau, masuk bilik masa waktu prep dan lompat pagar pergi beli makanan dekat kedai luar.

Masuk tingkatan 2, aku tinggal dekat rumah. Aku tak jadi tinggal di hostel, sebab aku rasa dekat rumah aku boleh study dengan tenang lagi. Masa dekat rumah kemas rumah, basuh baju tu memang aku buatlah, takkanlah semua abah aku nak buat kan? Aku kenalah jugak bantu abah aku. Memasak tu boleh la sedikit, nasi goreng, mee goreng dan tumis-tumis ayam, tu bolehlah aku buat. Kami tinggal berdua hinggalah aku masuk form 4.

Masa aku tingkatan 4, aku fikirlah bila aku masuk U nanti takkanlah abah aku nak hidup sorang-sorang, siapa nak jaga makan minum dan sakit deman dia. So, masa kami tengah tengok berita dekat tv sama-sama aku pun cakaplah dekat abah aku. "Abah, kalau abah nak kahwin, abah kahwin lah afy bagi je". Then abah aku senyum je. Abah aku jenis yang pemalu sedikit, entahlah lagi malu dari aku kot. Jadi payahlah kalau nak suruh abah aku cari sendiri teman hidup dia tu. Lepastu aku pun bincanglah dengan mak saudara aku, satu hari. Mak saudara aku jumpa calon yang sesuai calon tu ialah ketua nurse dekat Hospital Kuala Lumpur, first-first mereka berkenalan melalui surat, lepastu handphone, keluar bersama dan 3 bulan lepastu mereka kahwin. Tapi mak tiri aku ni nice la, dia selalu nasihat aku pasal belajar, dia call dan message ex first aku suruh jangan kacau aku lagi dan banyak belanja aku.

Sampai sekarang, kami hidup bahagia. Aku dapat adik baru nama Nur Aimi Damia Qazrina binti NaZri.. Adik aku comel dan suka sangat kacau aku tidur, pagi-pagi mesti kejut aku bangun "abang epi bangun-bangun!" haha, so cute. Adik aku ni sangat suka makan coklat dan jelly, benda ni aku selalu beli dekat dia bila aku pergi supermaket. Sebelum dia makan benda manis aku selalu pesan dekat dia lepas makan kena berus gigi, dan dia ikut apa yang aku cakap. Gigi dia ok la dari sekarang, tambah-tambah plak mak aku selalu buat check up dia punya gigi selepas mandi. Birthday adik aku 1 april. Aku berhajat tahun ni nak bagi dekat dia bear besar, entahlah anak patung barbie pun ok gak. Dia suka bear macam awak, tapi awak tak mahu jika saya beli bear dekat awak. Haha, :D

Wei abe pipi ni, nok gocoh dengan mia ko?


Coklat yang dia suka

bear bear bear



OK la, saya rasa pasal transplant heart tu dah terjawab kan? Kenapa blog ni dibuat sebab saya nak luahkan apa yang saya rasa dekat awak, saya nak kongsi apa yang saya lalui dan serba sedikit mengenai kisah silam saya. Saya nak awak kenal saya dulu, sebelum hubungan kita pergi lebih jauh dan saya tak mahu nanti bila kita kapel awak menyesal memilih saya DAN akhirnya kita putus, bukan itu yang saya nak. Tapi kalau awak dah ada orang lain atau dah minat dekat orang lain, blog ni memang dah tak ada makna. Sebab heroin dalam blog ni ialah awak. Selain tu, blog ini juga dibuat kerana saya tahu awak cepat marah kalau kita selalu chat. Saya nak dekat awak, saya tak mahu kehilangan awak. Jadi bila saya buat blog ni ia seperti saya tengah berchat dengan awak. Kalau awak nak tahu inilah first time saya buat blog. Entry blog ni dah nak mencapai entry yang ke 30. Setiap hari saya update blog ni.

Jadi awak terus teranglah ek dengan saya pasal mr H awak tu ek? lagi awak tak terus terang lagi merana saya. Jangan malu-malu sebab rahsia awak satu pun saya tak pernah bocor dekat sesiapa, saya pegang semua rahsia awak. Awak jangan marah dekat isi kandungan blog ni sebab awak setuju dengan apa pun kandungan blog ni dulu. Saya tak menyesal kenal awak, sebab awak banyak mengajar saya erti cinta yang sebenar, ajar mengenai menahan cinta dan ajar mengenai erti sebenar cinta tepuk sebelah tangan. HEHE, saya tak marah pun. dah nasib saya. Jangan gunakan alasan kita tidak boleh bersama kerana kita kita ni kawan, saya jatuh cinta dekat awak sebelum kita menjadi kawan lagi. Cinta pandang pertama waktu awak makan nasi lemak. :D. Saya tak boleh tengok awak bahagia dengan orang lain, di mana pada masa tu saya masih lagi cintakan awak. Saya tau awak tak pernah minat dekat saya dan cintakan saya tapi adakah salah atau satu dosa jika saya minat dan cintakan awak? adakah salah saya nak buat gembira dan bahagia? Biarlah saya yang pergi jauh dari awak. Kadang-kadang saya terfikir, adakah ada perempuan dekat luar sana yang mencintai saya seperti mana saya mencintai awak dan dia tak pernah give up pada saya? Emmm, entahlah..

oh my girl 
i cry-cry


you're my all
say goodbye..


oh my love
don't lie-lie


you're my heart
SAY GOODBYE..


No comments:

Post a Comment