Monday, 5 March 2012

Puteri Intan Permata Yang Susah Ku Miliki





ASSALAMUALAIKUM buat intan permata ku..

Disini ku ingin menceritakan tentang seseorang yang amat aku minati. Sakit rasanya pendam benda ni sorang-sorang, jadi biarlah blog ni menjadi penenang hatiku. Dialah yang membuat aku menjadi gila macam ini. Dialah yang membuat aku memikirnya 24 jam sehari. Bunyi macam geli tapi itulah sebenarnya yang aku alami. Aku tak tahu kenapa tuhan memberi aku dugaan ini. Adakah kerana aku tidak kuat agama? Adakah aku pernah buat orang yang meminati aku kecewa kerana aku tidak meminatinya. Ya ALLAH..

Ku mengenalinya hampir 3 tahun. Ku meminatinya kerana cinta pandang pertama. Ku meminatinya bukan kerana paras rupanya,bukan kerana dia comel dan bukan kerana kebaikan dia. Ku meminatinya kerana dia memberikan aku rasa yang istimewa bila mendekatinya. Tak pernah lagi ku rasa macam ni. Inilah pertama kali. Ku sebenarnya malu-malu sikit depan perempuan, bila dekat-dekat dengan perempuan yang aku minat lagi bertambah malu aku jadinya. Ku meminta nombornya dari kawan baiknya. Alasan nak bagi kertas potostat. Bunyi tak gentlement tapi aku ikhlas ingin mengenalinya.Disebabkan ku pernah berjuta kali pernah mengecewakan dan dikecewakan perempuan jadi aku berhati-hati mengenalinya. Dulu dengan ex ku, ku terus minta couple dengan mereka sebelum mengenal hati budinya. Jadi sekarang dengan perempuan yang aku minat ni aku ingin berhati-hati.

Aku start berkawan dengan dia. Dalam kelas kami jarang bertegur sapa, entahlah kenapa. Mungkin kerana aku pemalu nak mendekatinya. Kami banyak mesej dalam handphone. Call mungkin sekali dua. Jadi, tiada yang istimewa dalam hubungan kawan kami. Lepas itu, pada suatu hari ada kawan ku cakap yang dia ni sebenarnya dah ada teman lelaki. Sebenarnya aku rasa dia pernah cakap yang dia ada teman lelaki, cuma aku je yang konfius sama ada lelaki yang dia cakap tu adalah abang dia atau teman lelaki dia. Dia selalu je nampak stress, termenung sorang-sorang. Aku ingin mendekatinya tapi takut tidak layan plak. Jadi bila aku nampak dia stress, aku pun akan cuba mesej nya. Aku berharap dengan mesej ni dapat menenangkan dia. Pada satu hari, aku cuba untuk tidak bercontact dengan dia kerana aku fikir aku tak nak jadi orang ketiga dalam hubungan mereka.

Pada satu hari, aku ada dengar kawan aku cerita yang dia dah putus ngan pakwe dia. Aku pun macam tidak percayalah, aku ingin menanya dia, tapi tak berani la plak. Aku sebenarnya tidak percaya dengan couple-couple ni sebab sememangnya semua couple akan berpisah tiada yang kekal. Tambah-tambah lagi couple ni boleh mengundang ke arah maksiat, jadi masa tu aku terfikirlah. Bila aku grad nanti, aku dah stabil kerja. Aku nak suruh masuk penang dia. Sebab aku memang nak jadikan dia isteri aku.

Pada satu dua tiga empat hari, tidak tahulah kenapa aku boleh berani cakap aku minat kat dia. Firstly, dia macam nak reject je aku tapi disebabkan dia baik dia pun mintalah deal. Dia cakap lepas grad baru boleh ejas dia so aku setuju lah. Tapi entahlah kenapa YA ALLAH iman aku lemah. Aku tidak dapat nak tahan untuk bermesej dengan dia, Aku tidak tahan hendak membantu dia. Aku tidak tahan nak melafazkan cinta aku ni, aku nak dia tahu yang aku amat mencintainya.

Disebabkan aku selalu kacau dia dan membuat dia stress, dia pun cakap yang kita patut kawan selamanya. Pada masa tu baru aku berasa sedih sangat-sangat. Aku merayu dekat dia. Aku cuba imbas kembali segala kenangan aku dengan dia. Aku mesej dia banyak kali. Tuhan saja yang tahu betapa kecewanya aku seperti kehilangan intan yang aku sayangi. Dua tiga hari aku tidak lena tidur dan makan tidak lalu. Roomate aku pun selalu tanya kenapa aku asyik muram je. Aku hanya mampu bersenyum je dekat dia. Aku tidak suka cakap hal cinta dengan kawan-kawan. Biarlah aku bersedih sorang-sorang.

Aku masih lagi berusaha nak dapatkan dia kembali, aku ajaklah dia jumpa kat luar, kalau boleh aku nak dia tahu kenapa aku selalu kacau dia. Sebenarnya masa aku dan dia wat deal, aku tak pernah pun nak atau cuba untuk keluar dengan perempuan lain, aku nak dia je yang ada dalam hati aku. Masa kat U, kami bercakap dalam telefon, aku amat lega dapat mendengar suaranya. Dia banyak nasihat aku dan banyak gak marah aku. Aku sebenarnya tidak suka nak tanya hal dia dekat kawan-kawan dia. Kalau boleh biarlah dia cerita semua hal tentang dia dekat aku. Sedangkan aku boleh ceritakan semua hal aku dekatnya, aku harap dia pun boleh jujur jugak.

Sekarang aku cuba menjauhkan diri darinya bukan sebab apa, aku rasa inilah yang terbaik untuknya. Aku nak berdoa dekat tuhan. Ya allah, jika dia adalah untuk ku dekatkanlah aku denganya dan jika aku adalah bukan untuk dia jauhkanlah aku denganya. Aku redha ya allah. Wahai Intan ku, aku tak kan cari perempuan lain. Aku tetap akan tunggu mu senyap-senyap hingga grad. Jika allah mentakdirkan kita satu hari nanti. Aku amat bersyukur padanya. Akan ku mencintaimu seperti mana ku mencintai mu sekarang.

No comments:

Post a Comment