Hehe, aku asyik duk cakap sal cinta je 24 jam. Biasalah nak wat camne, dah aku dah jatuh cinta dengan dia. Jatuh cinta itu tidak bermakna kita boleh memilikinya, kita cuma kena bersabar je. Klu ada jodoh, insyaallah tak ke mana. Lagipun aku dah banyak kali couple-couple ni, bukan tak pernah. Banyak kali tu dua je.. haha. Banyak pengalaman dan iktibar yang aku dapat dari pengalaman lepas, Aku harap pengalaman tu dapat lagi mematangkan aku dan kalau aku harap kalau dia terima aku satu hari nanti, aku akan jaga hubungan tu hingga ke jinjang pelamin. Aku rasa tak salah kan? Buat masa sekarang, habiskan pelajaran adalah terbaik untuk kami. Cuma satu je yang penting, bila dah ada dalam hubungan tak kisahlah kahwin ke tunang ke, pertahankanlah hubungan itu ke akhir hayat. Itu adalah resepi kebahagiaan.. :D haha.. memang betul pun..
Ganglion ni apa? ganglion ni sejenis penyakit gangguan sendi, dia lebih kurang macam ketumbuhan di bawah kulit yang mengandungi cecair ianya biasa berlaku pada permukaan sendi atau tendon. Apabila disentuh, ia boleh terasa keras atau lembut seperti span dan boleh menjadi keras macam batu. Ganglion ni tidak mendatangkan kemudaratan dan membentuk separuh dari tumor yang berlaku di tangan. Panjang lagi cerita pasal ganglion ni, cukuplah setakat ni, kalau banyak-banyak konfirm awak tak faham. Hihi.. Sebenarnya aku memang minat pasal medik ni. Kenapalah aku amik fizik dulu masa kat matrik. Ish. Ish..Silap profession ni.
Ok lah.. Aku kena penyakit ni sems lepas, semasa aku duk bersenam dengan alat senaman dumbell. Dumbell ni apa? dumbell ni alat senaman angkat berat macam dekat gym, macam ahli bina badan duk guna tu. Aku angkat 15kg rasanya masa tu. Masa aku duk angkat dumbell tu, tiba-tiba tulang tangan aku berbunyi. Aku ingatkan apa, ingatkan tulang saje-saje bunyi. Pagi aku esok aku tengok tangan aku timbul benjolan dekat pergelangan tangan. Aku buat tak kisah dan main lagi alat senaman tu. Hari demi hari benjolan dekat tangan aku makin besar. Aku tanyalah dekat mak aku, mak aku ni nurse. Dia cakap benjolan ni timbul sebab sendi terseliuh. Aku nak kepastian, aku pergi tanyalah dekat abah aku plak, tapi aku kena jerkah on the spot dengan abah aku masa tu " HAAA!!! main lagi alat senaman tu, dah tau benda tu berat, main buat apa!!! esok pergi hospital pergi check dengan doktor!!.. haha.. Kena marah aku disitu.
Pagi esok aku pergi hospital sorang-sorang, masa dekat hospital doktor duk belek-belek tangan aku, tekan-tekan dan buat ultrasound. Doktor cakap benjolan ni ganglion, tak bahaya. Dia akan makin membesar kalau aku angkat benda berat. Kalau dah tersangat besar dan menganggu kehidupan seharian, kena operation buang benda ni. WAAA, TAK MAUUU.. tapi aku nak sangat bersenam dengan alat senaman angkat berat tu. Best wooo.. tangan jadi gagah... haha~.. buat masa sekarang aku stop dulu main dumbell, nanti benjolan ni kecik skit, aku sambung main plak~
ni gambar tangan aku dan contoh small operate yang aku wat research.
![]() |
Ni tangan aku.. hihi |

HAHA~ nampak menakutkan kan? Awak mesti takut kan? saya 10x lagi takut kalau kena operate ni. Tapi saya harap-harap lah tidak kena operate. Lagipun kalau operate pun, jaminan untuk sembuh tidak tinggi. Sebab ia mungkin akan datang balik. Ok la.. cukuplah tu, aku nak sambung buat assignment plak..
No comments:
Post a Comment